Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Rabu, Ogos 03, 2016

Jawapan Latihan Kesalahan Bahasa (Set 1 Latihan 6)

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Mula-mula sekali, cikgu ingin mohon maaf kepada kalian kerana cikgu tidak akan menerbitkan jawapan bagi entri Latihan Kesalahan Bahasa (Set 1 Latihan 6).

Cikgu dapati ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyalin isi kandungan Latihan Kesalahan Bahasa (Latihan 1 - Latihan 6) dan memuat naik ke blog/laman web mereka. Apa yang sangat menyedihkan, dengan sewenang-wenangnya mereka mengaku bahawa latihan-latihan dan semua soalan tersebut adalah milik mereka.

Pihak berkenaan berjanji akan menerbitkan jawapan secepat mungkin dan sehingga kini gagal berbuat demikian kerana cikgu hanya sertakan jawapan sehingga Bahagian 5. Sekiranya mereka sendiri yang membuat soalan-soalan latihan, pasti mereka tahu jawapannya,  bukan?

Harus diingat, bahan-bahan di blog ini tidak diletakkan ciri anti-copy kerana cikgu mahu memudahkan para pelajar menyalin dan menyimpan bahan-bahan yang ada di blog ini. Bukan untuk memberi kredit kepada mana-mana pihak yang mahu meraih keuntungan.

Jadi, sekiranya kalian punya masalah dengan mana-mana soalan Latihan 6, harap boleh berbincang dengan kawan-kawan atau tanya pada guru.

Selamat belajar! Cikgu dan team Fun Crayons akan cuba memuat naik lebih banyak bahan yang bermanfaat buat kalian.



8 ulasan:

  1. pihak mana tu meh sini nk hentam sikit

    BalasPadam
  2. nak alamat laman sesawang pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut...

    BalasPadam
  3. Bumi Gembilang selalu mencuri latihan2 dari bloq

    BalasPadam
  4. cikgu boleh bagi jawapan untuk bahagian 6 ini.please

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.