Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Isnin, Februari 05, 2018

Kerangka Karangan - Peranan Ibu Bapa dalam Memastikan Anak-anak Tidak Terjebak dalam Gejala Sosial

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.



Soalan:
Kebanyakan remaja tejebak dalam gejala sosial kerana kealpaan ibu bapa meluangkan masa berkualiti bersama-sama mereka.
Bincangkan peranan ibu bapa bagi memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dalam gejala sosial.

Pendahuluan:
Kebejatan akhlak remaja - kurang didikan/asuhan di rumah - sikap ibu bapa yang kurang meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak - terbiar - mudah terikut-ikut perkara yang tidak elok

Isi-isi:
Peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak tidak terjebak dalam gejala sosial:

  • Mendahulukan keluarga berbanding kerjaya dan perkara-perkara lain - luangkan masa berkualiti bersama-sama keluarga - jangan sampai anak rasa terabai dan mula mencari kebahagiaan di luar
  • Memantau gerak-geri anak - tahu setiap aktiviti yang dilakukan di luar rumah - seeloknya cuba kenal rakan-rakan anak - tahu dengan siapa mereka berkawan
  • Mengawal penggunaan internet dan media sosial - dunia tanpa sempadan - anak mudah terdedah kepada anasir negatif
  • Merapkan nilai-nilai agama dan moral dalam diri anak - tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk

Penutup:
Ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak diasuh sebaiknya agar tidak terjebak dalam gejala sosial - tidak boleh pandang enteng - sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.