Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Selasa, Ogos 06, 2019

Kerangka Karangan - Langkah untuk Melahirkan Masyarakat Berjimat Cermat

Kerangka Karangan

Langkah untuk Melahirkan Masyarakat Berjimat Cermat

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.

Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Soalan:
Berjimat cermat merupakan langkah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah kewangan terutama dalam keadaan ekonomi sekarang. Bincangkan langkah-langkah untuk melahirkan masyarakat yang berjimat cermat.


Pendahuluan:
  • tahap kesedaran masyarakat di negara ini tentang amalan berjimat cermat masih rendah


Isi-isi penting:
  • peranan ibu bapa - menggalakkan anak-anak menabung dan berjimat cermat - akan membesar sebagai masyarakat yang gemar menabung - benci akan pembaziran 
  • peranan sekolah - mendidik pelajar dengan menjadi ahli koperasi - belajar berurusniaga - para guru mainkan peranan menyedarkan para pelajar agar menyimpan sebahagian duit belanja
  • peranan pihak kerajaan - memperbanyak kempen untuk menyedarkan masyarakat tentang amalan berjimat seperti Kempen Menabung/ Kempen Membeli Barangan Tempatan
  • peranan institusi kewangan - menggalakkan masyarakat menyimpan wang di bank - menyediakan pelbagai pakej istimewa atau insentif



Penutup:
  • masyarakat harus jadikan berjimat cermat sebagai budaya hidup - tinggalkan sikap boros ketika berbelanja




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.