Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu
kesalahan ejaan. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada
ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
- Elakkan pengambilan makanan yang berkolestrol tinggi demi tahap kesihatan yang lebih baik. berkolesterol
- Jackson membaca kandungan emel itu berkali-kali sebelum membuat keputusan yang dirasakan sesuai. e-mel
- Hasil kraftangan yang dipamerkan di galeri itu cantik-cantik belaka. kraf tangan
- Kampung saya dilanda banjir kerana air dari ampangan melimpah. empangan
- Baju-baju itu perlu disidai semula di ampaian kerana masih lembab. lembap
- Lauk gulai taugeh yang dimasak oleh Mak Cik Salbiah sangat lazat. tauge
- Peninju muda dari Sabah berjaya merangkul pingat emas dalam kejohanan itu. Petinju
- Reban ayam itu baru dibena oleh datuk beberapa hari yang lalu. dibina
- Gerai paling hujung menjual murtabak daging dan ayam. martabak
- Hidangan belot masak berlada merupakan antara hidangan unik yang dijual di restoran itu. belut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.