Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Jumaat, Januari 17, 2020

Kerangka Karangan - Kepentingan Mata Pelajaran Sejarah

Kepentingan Mata Pelajaran Sejarah

  • mengenal asal usul sesuatu tempat, kemunculan bandar, sistem pemerintahan, budaya dan tamadun -  setiap rakyat malaysia khususnya anak muda harus mengetahui latar belakang negara kita dan pembentukan Malaysia itu sendiri
  • mengambil iktibar daripada peristiwa lalu - supaya kita tidak mengulangi kesilapan orang dahulu
  • dapat memperoleh banyak pengajaran - peristiwa-peristiwa sejarah yang telah berlaku mengandungi pelbagai pengajaran yang tersirat
  • menimbulkan rasa patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan masyarakat - belajar menghayati erti kemerdekaan
  • menghargai jasa-jasa pejuang tanah air kita yang telah bersusah payah membebaskan negara kita daripada dijajah - sedar bahawa segala kesenangan dan kebebasan yang mereka perolehi pada hari ini hasil usaha pewira-perwira negara kita
  • menyedari kepentingan mengekalkan perpaduan kaum - penduduk Tanah Melayu yang  terdiri daripada pelbagai kaum tanpa mengira warna kulit sanggup mengetepikan semangat kenegerian demi mendapatkan kemerdekaan bagi tanah air yang tercinta - kestabilan negara bergantung kepada perpaduan masyarakat
  • mengenali tokoh tertentu yang melakar sejarah tanah air seperti Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Dato’ Onn, Tunku Abdul Rahman dan Ahmad Boestaman - hargai keringat para pejuang silam
  • menambah pengetahuan dalam diri - segala pengetahuan tersebut boleh dimanfaatkan dalam kehidupan sehari-hari - tidak buta sejarah - dapat tahu bangunan dan lokasi bersejarah di negara kita - bukan sahaja belajar sejarah Malaysia malah sejarah dunia/negara lain
  • membuka minda pelajar agar bersyukur - belajar menghargai kesenangan dan kemewahan yang dinikmati hari ini



*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

6 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.