Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Jumaat, Januari 17, 2020

Kerangka Karangan - Sambutan Hari Kemerdekaan

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Soalan: Anda dan rakan berbual-bual tentang aktiviti yang boleh dianjurkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan. Tulis perbualan tersebut selengkapnya.

Pendahuluan:
tidak lama lagi akan meraikan Hari Kemerdekaan -rakyat hidup makmur - kemerdekaan dikecapi hasil perjuangan pemimpin negara terdahulu - generasi sekarang harus mempertahankannya

Isi-isi penting:
  • banyak aktiviti yang boleh dilakukan - pihak sekolah lancarkan Bulan Kemerdekaan -  memupuk rasa cinta akan negara dalam kalangan pelajar - pelbagai acara - pertandingan deklamasi sajak kemerdekaan, pertandingan buku skrap, kuiz Hari Kemerdekaan
  • ibu bapa berperanan penting - menceritakan peristiwa negara mencapai kemerdekaan - menghayati keperitan pejuang negara mencapai kemerdekaan - biar anak-anak faham kesenangan hari ini tidak dikecapi dengan mudah
  • kibarkan Jalur Gemilang di kediaman, tempat kerja dan bangunan-bangunan lain sepanjang bulan Ogos - kibarkan Jalur Gemilang di kenderaan - tunjuk kegembiraan kita menyambut Hari Kemerdekaan negara - sertai sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan - bawa anak dan keluarga - sebagai pelajar/pekerja boleh terlibat dengan perarakan Hari Kemerdekaan
  •  kerajaan mengadakan perarakan Hari Kemerdekaan secara besar-besaran - rakyat dan pemimpin sama-sama berkumpul dalam satu acara gilang gemilang - mengadakan sesi berkenalan dengan tokoh negara - menceritakan pengalaman pahit getir mereka - mencapai kemerdekaan

Penutup:
generasi muda haruslah mempunyai rasa cinta akan negara - berazam untuk mengekalkan kemerdekaan negara


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.



Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.