Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Rabu, Januari 15, 2020

Kerangka Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi - Menasihati Rakan yang Mempunyai Masalah Disiplin

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang betul mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Soalan:
Anda mendapat tahu rakan anda terlibat dengan pelbagai masalah disiplin di sekolah selepas dia berpindah sekolah. Tulis sepucuk surat untuk menasihati rakan anda itu.

Pendahuluan:
  • format surat kiriman tidak rasmi - alamat pengirim - kata-kata penghadapan dan bertanya khabar

Isi-isi:
  • melafazkan rasa terkejut dan sedih setelah mengetahui berita daripada seorang kawan - menghadapi pelbagai masalah disiplin di sekolah baharu.
  • memahami keadaan rakan yang mungkin sukar menyesuaikan diri di tempat baru - hidup baru - cari kawan baru - tetapi, melakukan perkara-perkara yang melanggar peraturan - tidak akan dapat mengatasi masalah yang dihadapi - sebaliknya memburukkan keadaan
  • [nasihati rakan]  disiplin mesti dipatuhi - membentuk diri, menjadikan kita lebih baik, membentuk sahsiah diri
  • jika tidak berdisiplin, boleh mendatangkan masalah bukan sahaja dalam akademik, bahkan personaliti diri - orang yang tidak berdisiplin tidak akan berjaya - fikirkan masa depan
  • risiko diambil tindakan seperti gantung atau buang sekolah - rosakkan nama rakan - perjalanan  hidup masih jauh

Penutup:
mengharapkan rakan berubah sikap - demi diri sendiri dan keluarga tercinta - doakan yang terbaik buat rakan - ucapan salam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.