Set 1 Latihan 3
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
1. Janganlah kamu membincangkan tentang perkara itu lagi. _____________________________

2. Wahida gemarkan masakan yang dimasak oleh kakaknya. _____________________________
3. Sesetengah daripada pendapatannya dihantar kepada ibunya di kampung. _____________________________
4. Beberapa orang pelajar – pelajar berada di perpustakaan. _____________________________
5. Buku – buku di atas meja itu tebal – tebal belaka. _____________________________
6. Beberapa helai dedaun kering berterbangan ditiup angin. _____________________________
7. Abang berada pada rumah sepanjang hari ini. _____________________________
8. Amir dengan Ashraf mengajak saya mandi di sungai itu. _____________________________
9. Pekarangan rumah agam itu sangat terang-benderang. _____________________________
10. Suasana di dalam kelas itu sangat riuh-rendah apabila guru keluar. _____________________________
11. Ali terbongkok – bongkok berkali – kali mengutip buah yang gugur itu. _____________________________
12. Adik menggaru – garu kakinya berkali – kali kerana gatal. _____________________________
tq.sangat bermakna untuk latihan sye sebelum pt3
BalasPadam