Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Jumaat, Januari 17, 2020

Syair Burung Nuri - Nota dan Kupasan

KOMSAS Tingkatan 3
Antologi - Bintang Hati

Syair Burung Nuri - Kupasan
Dapatkan maksud setiap rangkap di sini.


TEMA
Luahan kekecewaan seseorang dalam hidup yang serba kepayahan, dirundung malang dan dibelenggu kemiskinan.

PERSOALAN
  • Kesabaran dan kekuatan menempuh ujian kehidupan.
  • Keberanian merantau mempertaruhkan nasib untuk cuba mengubah kehidupan.
  • Sikap merendah diri yang keterlaluan boleh melemahkan dan menghancurkan keyakinan diri.
  • Kekecewaan yang boleh merosakkan diri.
  • Belajar meluahkan rasa kecewa degan menggunakan saluran yang betul.
  • Rasional dalam berfikir sebelum membuat sebarang tindakan.
  • Kebijaksanaan mengawal diri ketika bercinta.

BENTUK
  • Syair ini berbentuk terikat.
  • Lapan rangkap.
  • Setiap rangkap syair mengandungi empat baris dan setiap baris merupakan maksud.
  • Bilangan perkataan bagi setiap baris - empat hingga enam patah kata
  • Bilangan suku kata bagi setiap baris - sepuluh hingga tiga belas suku kata
  • Rima akhir terikat - aaaa

GAYA BAHASA
  • Asonansi
Barang yang ghairah di dalam cinta. (Pengulangan vokal a)
 Aktiviti 1: Cari contoh lain untuk asonansi. Tinggalkan jawapan di ruangan komen di bawah.
  • Aliterasi
Remuk dan redam rasanya hati. (Pengulangan konsonan r)
Bangun terjunun badan suatu. (Pengulangan konsonan n)
  • Repetisi - Hanyutlah badan ke sana ke mari.
  • Inversi - Dituliskan sahifah supaya nyata
  • Hiperbola - Hanyutlah badan ke sana ke mari.
  • Sinkope - Sajak dan nazam banyak tak kena.
  • Kata ganda - gelap-gelita, terfikir-fikir, berulang-ulang
  • Kata arkaik - masygul

NILAI
  1. Rasional
  2. Rendah diri
  3. Kesedaran
  4. Kebijaksanaan
  5. Kesabaran
  6. Ketabahan
  7. Keberanian

PENGAJARAN
  1. Kita hendaklah berfikiran rasional dan tidak terlalu mengikut kata hati kerana tindakan ini akan mengakibatkan banyak perkara buruk.
  2. Kita sewajarnya sentiasa bersikap rendah diri dan belajar menghormati perasaan orang lain.
  3. Kita seharusnya sedar akan kesilapan yang telah kita lakukan dan bertekad untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut pada masa akan datang.
  4. Kita perlulah bijak mengawal emosi dan tidak terbawa-bawa dengan perasaan.
  5. Kita haruslah bersabar menempuh setiap masalah yang menimpa diri kita.
  6. Kita tidak wajar mudah berputus asa apabila gagal memperoleh sesuatu.
  7. Kita hendaklah berani mencuba sesuatu yang baharu demi mengubah nasib diri.



Dapatkan material Antologi - Bintang Hati yang lain di sini.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.