Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Selasa, April 20, 2010

Kerangka Karangan - Aku Sebuah Buku Rujukan


Pendahuluan
  • nama – berasal dari sebuah syarikat penerbitan buku di Ampang – nama syarikat – warna kulit – tajuk buku – digunakan sebagai buku rujukan

Isi – isi
  • setelah dicetak – dihantar ke kedai – kedai buku – digemari oleh para pelajar
  • seorang budak lelaki – membelek – belek diriku – cuba melihat isi kandunganku – bulat hati untuk membeliku – setelah membayar hargaku (RMXX) – aku dibawa pulang
  • dibawa ke sekolah keesokan harinya – ditunjukkan kepada guru – dipuji oleh guru kerana membeli buku rujukan yang berkualiti – aku turut berasa bangga
  • aku digunakan semasa tuanku membuat ulangkaji – menggunakan sepenuhnya maklumat – maklumat yang terkandung dalam halaman muka suratku – sekali sekala aku turut dipinjamkan kepada kawan – kawan tuanku
  • sewaktu ujian bulanan – mendapat markah tinggi – memeluk dan menciumku sebagai tanda terima kasih – menurut tuanku aku telah menyumbang ke arah kejayaannya itu

Penutup
  • aku benar – benar gembira dapat berkhidmat dengan tuanku – aku masih dalam keadaan yang baik walaupun telah setahun bersama tuanku – balutan plastik di tubuhku masih rapi – setelah tuanku tidak menggunakanku – aku tidak dibuang – diberikan kepada adiknya – aku berasa bahagia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.