Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Jumaat, Januari 22, 2010

Kerangka Karangan - Kebaikan dan Keburukan Iklan

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Kebaikan dan Keburukan Iklan


Kebaikan
1. Pengguna mendapat maklumat tentang produk baru yang berada di pasaran. Tanpa iklan, pengguna tidak akan tahu akan kewujudan produk tersebut.

2. Membantu pengeluar/pengilang meningkatkan hasil jualan - iklan merupakan satu bentuk promosi yang mampu melariskan produk

3. Kepelbagaian iklan menyedarkan pengguna akan pilihan-pilihan produk yang ada di pasaran - tidak perlu bergantung kepada satu produk/jenama sahaja. Pengguna boleh menilai dan membuat pilihan yang tepat mengikut citarasa


Keburukan
1. Pengguna tertipu dan tidak berpuas hati - kebanyakan iklan mempunyai unsur 'berlebih-lebihan' - produk tidak sehebat yang diiklankan - indah khabar dari rupa

2. Iklan memperdaya pengguna terutamanya iklan untuk jual beli di internet - banyak kes penipuan berlaku

3. Wanita dieksploitasi dalam iklan - semata-mata untuk melariskan barangan




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.


1 ulasan:

  1. terima kasih! Blog anda telah membantu saya dlm melakukan tugasan saya.

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.