Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Rabu, Februari 01, 2012

Kerangka Karangan Autobiografi - Aku Sebuah Motosikal

Pendahuluan:
  • nama – dilahirkan di sebuah kilang – motosikal keluaran negara – setanding dengan motosikal dari luar Negara


Isi – isi:
  • reka bentuk yang cantik – berwarna merah – enjin berkuasa tinggi yang moden
  • aku dan rakan – rakan yang lain dihantar ke kedai – kedai motosikal seluruh Malaysia – dipamer – pengunjung tertarik melihat rupa dan gayaku – membanggakan – aku dipamerkan sebaris dengan motosikal – motosikal import
  • baru tiga hari di situ – tidak sempat bermesra dengan kawan – kawan baru – telah dibeli oleh seorang pemuda yang kacak – sempat aku dengar perbualan rakan – rakanku yang iri hati melihat ketampanan tuanku – dibeli dengan harga RM6 000 – dibawa pulang – berasa teruja – memulakan hidup baru bersama tuanku
  • disayangi oleh tuanku – akulah jantung hatinya - dimandikan setiap hari – tubuhku dijaga – tiada habuk atau debu yang sempat singgah lama di tubuhku
  • dibawa bersiar – siar – ditimpa kemalangan – dilanggar oleh sebuah lori – aku dan tuanku cedera parah – tuanku dikejarkan ke hospital – aku dihantar ke bengkel

Penutup:
  • malang tidak berbau – aku tidak dapat dibaiki –  tubuhku rosak teruk - ibarat sudah jatuh ditimpa tangga - menjadi besi buruk – tamatlah riwayatku

Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email