Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Sabtu, Oktober 20, 2012

Kerangka Karangan - Usaha-usaha untuk Meningkatkan Semangat Kejiranan

Perhatian:
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.



Pendahuluan:
Beri definisi 'jiran - semangat kejiranan semakin luntur - terutamanya di bandar - tidak mempedulikan antara satu sama lain - ambil langkah-langkah yang wajar untuk menyuburkan kembali semangat kejiranan

Isi-isi:
  • Mengadakan aktiviti gotong - royong - jiran-jiran dapat berkumpul dan bekerjasama - bersepakat dalam memastikan kebersihan, keindahan dan keselamatan tempat tinggal - dapat kenal-mengenal antara satu sama lain - kenal hati budi
  • Mengadakan majlis-majlis rumah terbuka sempena sambutan sesuatu perayaan - menguatkan silaturrahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat - berpeluang bertanya khabar dan bergaul mesra dengan lebih dekat - majlis sebegini mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi
  • Menganjurkan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat - jiran-jiran dan ahli keluarga akan turut serta melibatkan diri dalam aktiviti ini - kemesraan bukan sahaja terjalin antara orang dewasa, malah kanak-kanak juga - hubungan yang erat sesama jiran dapat diwujudkan - secara tidak langsung menimbulkan sifat prihatin dan perasaan ingin membantu antara satu sama lain
  • Menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan dan pertubuhan - contoh: Rukun Tetangga, Pertubuhan Khairat Kematian - persatuan atau pertubuhan mestilah melibatkan semua penduduk sebagai ahli - bertujuan untuk menjaga kebajikan ahli - saling mengambil berat
  • Menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan masyarakat - ziarah jiran yang sakit/uzur - mengambil tahu akan masalah dan kesusahan mereka

Penutup:
Perlu terus memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk - sikap mementingkan diri sendiri perlulah dihindarkan/dikikis - semangat kejiranan perlu sentiasa dipelihara - agar masyarakat dan negara aman harmoni.



Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Jumaat, Oktober 19, 2012

Kerangka Karangan - Kepentingan Pemakanan Seimbang

Perhatian:
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Contoh soalan:
Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan pemakanan seimbang. Panjang huraian anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

Sumber imej: mytipskesihatan.blogspot.com
Pendahuluan:
Pemakanan / diet seimbang -sajian makanan yang mengandungi semua nutrien utama yang diperlukan oleh tubuh pada kadar yang betul - sesuai bagi tubuh untuk menjalankan fungsinya - penting untuk jamin kesihatan individu

Isi-isi:
  • Pengambilan makanan seharian perlu mengikut 'piramid makanan' - panduan kumpulan makanan yang membolehkan seseorang mengamalkan diet yang seimbang - membantu membentuk tabiat pemakanan yang sihat
  • Pengambilan gizi makanan yang seimbang - sangat penting -  nutrien yang cukup perlu untuk membina tubuh, bina sel baru, tisu yang rosak- tanpa pemakanan seimbang, tumbesaran terbantut/terencat
  • Setiap makanan yang diambil dalam diet harian perlu mengandungi nutrien yang diperlukan oleh badan - memberi tenaga - contoh: karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam mineral - saiz hidangan - ikut piramid makanan dan turut mengambilkira gaya hidup dan aktiviti harian individu - cara pemakanan individu yang aktif dengan individu yang kurang aktif berbeza - perlu tahu untuk pilih makanan yang sesuai
  • Kekurangan sebarang nutrien boleh mengakibatkan kesihatan terganggu - mengamalkan diet yang tidak betul boleh mengancam kesihatan  - mengundang risiko penyakit kronik
Penutup:
Pemakanan seimbang penting untuk membina tubuh, memberi tenaga dan menjamin sertamengekalkan kesihatan



*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.


Khamis, Oktober 18, 2012

Kerangka Karangan - Kesesakan Lalu Lintas

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Contoh Soalan:
Berdasarkan gambar di bawah ini, huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar utama di negeri kita.

Pendahuluan:
Kesesakan lalu lintas berlaku di bandar-bandar utama di seluruh negara - langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil - cari penyelesaian segera

Isi -isi:
  • memperbanyak kemudahan awam, bas, teksi, LRT dan komuter - pastikan jadual perjalanan pegangkutan awam teratur - memudahkan orang ramai pergi ke sesuatu destinasi tanpa perlu menggunakan kenderaan persendirian
  • menggalakkan masyarakat berkongsi kereta - bertujuan mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya pada satu-satu masa
  • memperlebar jalan raya - menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah - memastikan pergerakan kenderaan lebih lancar - mempercepat perjalanan
  • memperbanyak lebuh raya - jalan alternatif kepada pengguna jalan raya - untuk pergi ke satu tempat tidak perlu tertumpu pada jalan-jalan tertentu sahaja
  • menempatkan lebih banyak polis trafik untuk mengawal keadaan lalu lintas - terutama di simpang-simpang besar atau bulatan jalan raya

Penutup:
Masalah kesesakan lalu lintas perlu diatasi demi kebaikan semua pihak - tidak boleh dipandang ringan

Rujuk entri di bawah untuk isi-isi lain yang berkaitan:


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Isnin, Oktober 15, 2012

Kerangka Karangan - Cara Mendidik Remaja Agar Menghormati Warga Tua

Perhatian:
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.

Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Pendahuluan:
Remaja bersikap kurang ajar terhadap warga tua - bukan perkara baru - kebanyakannya tidak mengendahkan posisi/kedudukan golongan emas ini dalam struktur masyarakat - tidak harus diabaikan atau dilupakan.
Sumber imej: rena-cruzee.blogspot.com

Isi-isi:
  • Ibu bapa harus memainkan peranan penting mendidik anak-anak - perlu menitikberatkan sikap kasih sayang terhadap orang tua kepada anak-anak mereka -dengan didikan yang sempurna, anak-anak akan menghormati dan menyayangi warga tua.
  • Budaya kunjung-mengunjung keluarga perlu diamalkan - bukan sahaja pada hari raya - dapat mengeratkan hubungan antara remaja dan warga tua - warga tua akan berasa terhibur apabila anak dan cucu mereka pulang menziarahi mereka - remaja akan sedar/belajar memahami kepayahan serta kesunyian warga tua.
  • Mengadakan dan memperbanyak kempen untuk menyedarkan generasi muda tentang pentingnya menghargai warga tua. Contoh: sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa - remaja menghargai dan meraikan ibu bapa dengan membawa mereka berjalan/beri hadiah. 1 Oktober setiap tahun - sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan - akan timbul perasaan simpati, kasih sayang dan hormat golongan tua.
  • Tanamkan sikap kasih sayang dan hormat-menghormati dalam jiwa generasi muda - mereka tidak seharusnya melawan cakap orang tua sebaliknya bersifat empati dan mendengar rintihan warga tua - mereka dapat mengasihi dan menjaga keperluan warga tua dengan baik.
  • Pihak sekolah perlu mengadakan Hari Keluarga - hubungan antara murid dengan ibu bapa dan guru dapat dieratkan - pelajar dapat belajar bagaimana untuk memenangi hati dan menghormati warga tua - secara tidak langsung, mereka akan mengamalkan sikap begini walaupun mereka sudah dewasa.
  • Peranan pihak media massa cetak dan elektronik mendidik remaja - banyakkan cerita-cerita berunsurkan masyarakat penyayang di televisyen, artikel-artikel kemasyarakatan dalam majalah - menyedarkan remaja akan pentingnya menghormati warga tua - beri pengajaran agar mereka tidak mengabaikan warga tua jika tidak mahu diabaikan apabila tua nanti.

Penutup:
Warga tua perlu diberikan penghormatan yang sewajarnya - kita tidak seharusnya melupakan jasa mereka kepada keluarga dan negara - kita perlu sedar bahawa suatu masa nanti kita juga akan
menjadi tua seperti mereka.

Lihat juga: Kerangka Karangan - Peranan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-anak agar Menghormati Warga Tua


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Sabtu, Oktober 13, 2012

Kerangka Karangan - Peranan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-anak agar Menghormati Warga Tua

Perhatian:
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.

Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Pendahuluan:
Tidak dinafikan, rasa hormat golongan muda terhadap golongan tua semakin berkurangan - langkah sewajarnya haruslah diambil untuk mengembalikan amalan mulia ini - sepatutnya bermula dari rumah - tanggungjawab ibu bapa untuk semai dalam jiwa anak-anak agar menghormati orang tua

Isi-isi:
  • Ibu bapa perlu memberi didikan agama yang kukuh sejak kecil kepada anak-anak - dengan didikan agama yang cukup anak-anak akan sedar bahawa menghormati orang yang lebih tua adalah sebahagian daripada tuntutan agama - akan belajar menghormati orang yang lebih tua daripada mereka
  • Ibu bapa haruslah menunjukkan contoh yang boleh diteladani oleh anak-anak - jika ibu bapa sendiri tidak menunjukkan rasa hormat pada orang yang lebih tua, masakan anak-anak boleh terdidik ke arah itu - bagaimana acuan, begitulah kuihnya
  • Ibu bapa perlu meluangkan masa secukupnya dengan anak-anak - curahkan kasih sayang - kesannya anak-anak akan menyayangi serta menghormati ibu bapa serta generasi tua yang lain - sebaliknya jika ibu bapa mengabaikan anak-anak, tidak mustahil satu hari nanti mereka akan diabaikan
  • Ibu bapa boleh membawa anak-anak berkunjung ke rumah sanak-saudara yang pangkatnya lebih tua - mendidik anak-anak supaya mengamalkan sikap hormat-menghormati
  • Ibu bapa boleh terapkan dalam pemikiran anak-anak - tiada yang lama, tiada yang baru - tanpa orang tua, tidak akan ada orang muda - sebagai generasi muda - perlu belajar menghargai peranan dan jasa warga tua dalam masyarakat

Penutup:
Sekiranya usaha ini dilakukan dengan bersungguh-sungguh - konsisten - nescaya warga tua tidak akan terpinggir dan terus dihormati - dapat membentuk masyarakat yang prihatin dan penyayang


Lihat juga: Kerangka Karangan - Cara Mendidik Remaja Agar Menghormati Warga Tua



Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.


Kerangka Karangan - Punca-punca Kemerosotan Mutu Sukan Negara


Kerangka karangan di bawah berkaitan punca-punca kemerosotan mutu sukan negara secara am. (Tidak mengkhusus kepada mana-mana sukan). Walau bagaimanapun, isi-isi di bawah boleh dirombak, ditukar atau diubah suai untuk menepati kehendak soalan tertentu contohnya, punca kemerosotan mutu sukan bola sepak atau punca kemerosotan prestasi atlet negara.


Pendahuluan:
Arena sukan - membantu Malaysia memahat nama di mata dunia - saban tahun atlet Malaysia menyertai pelbagai kejohanan/acara sukan bertaraf antarabangsa - tidak dapat dinafikan prestasi mutu sukan negara masih rendah/merosot meskipun banyak wang telah dibelanjakan

Isi-isi:
  • Antara puncanya termasuklah latihan yang dijalankan kurang berkesan untuk menyerlahkan prestasi atlet - atlet gagal mengatur strategi yang baik/ gaya permainan mudah dibaca oleh pihak lawan. 
  • Atlet kurang latihan - berlatih hanya apabila menjelang  sesuatu perlawanan - tidak konsisten - kurang persefahaman atau keserasian (terutama bagi atlet berpasukan) - tidak dapat memberi persembahan yang terbaik
  • Pemain/atlet negara kurang semangat patriotisme - bermain dan mewakili negara hanya kerana telah dibayar gaji dan elaun - semangat untuk mengharumkan nama negara seolah-olah tiada - sikap sebegini harus dikikis
  • Kurang disiplin dalam diri atlet - boleh mencetuskan masalah yang lebih besar -  sukan memerlukan disiplin yang tinggi - mudah berputus asa dan kurang semangat kesukanan - perlu motivasi yang tinggi [Beri contoh atlet negara yang berdisiplin tinggi - Datuk Nicol Ann David dan Datuk Lee Chong Wei]
  • Kurang pendedahan baik di dalam mahupun luar negeri - perlu diberi lebih banyak pendedahan melalui latihan atau penyertaan pertandingan peringkat antarabangsa untuk timba lebih banyak pengalaman
  • Sistem ganjaran dan penghargaan membuatkan atlet mudah alpa dan berpuas hati berada di takuk yang sama - sistem ini perlu dikaji agar atlet mahu terus berusaha untuk memberi yang terbaik.

Penutup:
Demi meningkatkan mutu sukan negara - langkah-langkah yang praktikal perlu diambil segera - atlet kita mampu memberi saingan hebat kepada atlet luar jika masalah-masalah di atas ditangani sebaiknya


Lihat juga: Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan di Malaysia


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.



Kerangka Karangan - Cara-cara Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah dalam kalangan Pelajar

Perhatian:
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.

Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Pendahuluan:
  • Masalah ini bukan masalah baru - tabiat buruk ini mengundang banyak gejala negatif - tidak boleh dipandang enteng - perlu ambil inisiatif untuk mengatasinya

Isi-isi:
  • Sentiasa mengingatkan dan beri kesedaran kepada para pelajar agar tidak ponteng - sarankan setiap pelajar mainkan peranan yang baik sebagai pelajar - elak penggantungan sekolah 
  • Unit kaunseling di sekolah/ Pembimbing Rakan Sebaya - kumpul pelajar-pelajar yang ada rekod ponteng - beri motivasi atau kaunseling - ubah sikap
  • Tindakan disiplin atau hukuman yang keras (contoh: gantung sekolah, buang sekolah) - memberi pengajaran kepada pelajar yang ponteng - peringatan kepada pelajar lain
  • Minta kerjasama PIBG - ibu bapa dan guru sama-sama gembleng tenaga - ambil peranan mengawasi anak-anak
  • Minta pihak berkuasa tempatan membuat rondaan di kawasan yang menjadi tempat melepak seperti pusat beli belah dan kafe siber - beri amaran/tangkap mereka

Penutuip:
  • Kerjasama semua pihak amat penting bagi menangani masalah ini - 'bagai aur dengan tebing' -  jangan bersikap tuding jari sebaliknya semua pihak harus berusaha membanteras masalah ini hingga ke akar umbi


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Kerangka Karangan - Laporan Pesta Pantun Peringkat Sekolah

Perhatian:
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.

Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.



Pendahuluan:
  • Tajuk laporan - Laporan Pesta Pantun (Nama Sekolah) 2012 - Nyatakan tarikh, tempat dan bilangan peserta yang mengambil bahagian - wakil dari kelas-kelas - Anjuran - Persatuan Bahasa Malaysia

Isi-isi:
  • Tujuan pesta pantun dianjurkan - memilih peserta untuk membentuk pasukan pantun - mewakili sekolah ke Temasya Pantun Peringkat Daerah - peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan (3 pelajar setiap kumpulan) - pertandingan diadakan dalam 3 pusingan: peringkat awal, separuh akhir dan akhir.
  • Huraikan persiapan bagi memastikan pesta pantun berjalan dengan lancar - beberapa kelas diubah suai menjadi bilik pertandingan - beberapa guru bahasa menjadi juri - beberapa pelajar terlibat menjadi pengerusi pertandingan, jurupantun dan penjaga masa
  • Pendaftaran peserta dan kehadiran para pelajar yang menyokong wakil kelas - Taklimat ringkas oleh ketua hakim kepada peserta - Pesta bermula - berjalan lancar - persaingan hebat antara peserta
  • Majlis berhenti rehat - peringkat separuh akhir dan akhir dijalankan pada sebelah petang - peserta-peserta yang layak berehat sebentar dan membuat persiapan untuk ke pusingan seterusnya - Pertandingan akhir - amat sengit - nyatakan kelas/peserta yang diumumkan sebagai juara
  • Majlis penyampaian hadiah dilangsungkan - salah seorang peserta dinobatkan sebagai pemantun terbaik - hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengetua

Penutup:
Laporan disediakan oleh, tandatangan, nama, tarikh dan jawatan ditulis.


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.


Khamis, Oktober 11, 2012

Kerangka Karangan - Faedah Mengunjungi/Memanfaatkan Perpustakaan


Soalan:
Guru – guru kamu tentu menggalakkan murid – muridnya ke perpustakaan. Berikan pendapat kamu tentang faedah – faedah yang diperoleh jika seseorang itu memanfaatkan perpustakaan.

Pendahuluan: 
  • Membayangkan perpustakaan, terbayang susunan buku.
  • Terbayang rakan – rakan yang tekun belajar
  • Kemudahan untuk murid

Isi-isi:
  • Perpustakaan tempat untuk menimba ilmu - Pengetahuan bertambah dalam pelbagai bidang - Pengetahuan itu boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran di kelas
  • Dapat memanfaatkan masa senggang dengan baik - Mengelakkan diri dari terlibat dengan perkara yang tidak berfaedah - Sebagai pewaris bangsa, setiap detik perlu digunakan sebaik – baiknya.
  • Perpustakaan tempat mencari hiburan - Boleh membaca buku cereka yang digemari - Dapat merehatkan dan menenangkan fikiran
  • Dapat mengulang kaji pelajaran atau membuat persediaan untuk peperiksaan - Suasana tenang, dapat lebih fokus terhadap apa yang dibaca - Jika di rumah atau di tempat – tempat lain, suasana agak bising dan riuh rendah
 
Penutup: 
  • Banyak kebaikannya -  memanfaatkan perpustakaan.
  • Menggunakan perpustakaan dengan bijak, memberi pulangan yang baik pada diri
  • Langkah yang bijak, tidak melakukan perbuatan yang sia – sia


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Isnin, Oktober 08, 2012

Kerangka Karangan - Peranan Ibu Bapa dalam Memastikan Kecemerlangan Anak-anak

Perhatian:
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.

Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Contoh Soalan:
Ibu  bapa berperanan menentukan kejayaan anak-anak dalam peperiksaan. Bincangkan  usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memastikan kecemerlangan anak-anak dalam peperiksaan.

Pendahuluan:
Setiap ibu bapa mengimpikan kejayaan anak-anak - tidak boleh sekadar berpeluk tubuh dan mengharapkan impian menjadi kenyataan - perlu sedar - memainkan peranan utama dalam memastikan kejayaan anak-anak.

Isi-isi:
  • membelikan buku-buku rujukan, buku kerja – biasakan anak-anak buat latih tubi atau latihan tambahan agar dapat menguasai setiap subjek dengan baik
  •  menyediakan jadual ulang kaji dan memastikan anak-anak mengikut jadual yang dibuat – bimbing agar mereka lebih berdisiplin mengikut jadual tersebut – dapat lebih bersedia menjelang peperiksaan
  • menyediakan kelengkapan alat tulis yang cukup – pen, pen warna, set geometri - pembelajaran terganggu jika tidak cukup kelengkapan
  • menyediakan makanan yang berkhasiat – cergas dan cerdas dalam kehidupan seharian
  • memberi kata-kata perangsang/ motivasi kepada anak-anak – jangan rendahkan kemampuan mereka – sentiasa beri sokongan/dorongan agar mereka boleh berjaya


Penutup:
Ibu bapa perlu turut sama berusaha - tidak wajar menyerahkan tanggungjawab kepada pihak sekolah atau pusat tuisyen - kejayaan yang besar bermula dari rumah - kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya



*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.