Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Oktober 13, 2012

Kerangka Karangan - Peranan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-anak agar Menghormati Warga Tua



Pendahuluan:
Tidak dinafikan, rasa hormat golongan muda terhadap golongan tua semakin berkurangan - langkah sewajarnya haruslah diambil untuk mengembalikan amalan mulia ini - sepatutnya bermula dari rumah - tanggungjawab ibu bapa untuk semai dalam jiwa anak-anak agar menghormati orang tua

Isi-isi:
  • Ibu bapa perlu memberi didikan agama yang kukuh sejak kecil kepada anak-anak - dengan didikan agama yang cukup anak-anak akan sedar bahawa menghormati orang yang lebih tua adalah sebahagian daripada tuntutan agama - akan belajar menghormati orang yang lebih tua daripada mereka
  • Ibu bapa haruslah menunjukkan contoh yang boleh diteladani oleh anak-anak - jika ibu bapa sendiri tidak menunjukkan rasa hormat pada orang yang lebih tua, masakan anak-anak boleh terdidik ke arah itu - bagaimana acuan, begitulah kuihnya
  • Ibu bapa perlu meluangkan masa secukupnya dengan anak-anak - curahkan kasih sayang - kesannya anak-anak akan menyayangi serta menghormati ibu bapa serta generasi tua yang lain - sebaliknya jika ibu bapa mengabaikan anak-anak, tidak mustahil satu hari nanti mereka akan diabaikan
  • Ibu bapa boleh membawa anak-anak berkunjung ke rumah sanak-saudara yang pangkatnya lebih tua - mendidik anak-anak supaya mengamalkan sikap hormat-menghormati
  • Ibu bapa boleh terapkan dalam pemikiran anak-anak - tiada yang lama, tiada yang baru - tanpa orang tua, tidak akan ada orang muda - sebagai generasi muda - perlu belajar menghargai peranan dan jasa warga tua dalam masyarakat

Penutup:
Sekiranya usaha ini dilakukan dengan bersungguh-sungguh - konsisten - nescaya warga tua tidak akan terpinggir dan terus dihormati - dapat membentuk masyarakat yang prihatin dan penyayang


Lihat juga: Kerangka Karangan - Cara Mendidik Remaja Agar Menghormati Warga Tua

Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

6 ulasan:

  1. amat membantu.terima kasih :)

    BalasPadam
  2. terima kasih kerana sanggup mengongsikan ilmu... semoga Allah membalas dengan kebaikan

    BalasPadam
  3. tq very much.really helped in my essay writting

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email