Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Ahad, April 27, 2014

Kerangka Karangan Laporan - Lawatan sambil Belajar ke Kilang Batik


Contoh soalan:
Persatuan Bahasa Malaysia sekolah kamu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang batik. Kamu sebagai setiausaha persatuan diminta untuk meyediakan laporan tentang lawatan tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya.


Pendahuluan
  • tajuk laporan – melawat ke kilang batik  – disertai oleh 40 orang murid dan tiga orang guru pengiring.

Isi – isi
  • guru memberikan taklimat dan pesanan – murid – murid diingatkan supaya menjaga nama baik sekolah – rombongan bertolak tepat pukul 8.00 pagi.
  • kedatangan kami disambut dengan mesra – rombongan dibawa melawat di sekitar kilang – diberikan penerangan tentang proses – proses menghasilkan batik (mencanting, mewarna dan sebagainya)
  • berpeluang melukis corak pada kain – mendapat tunjuk ajar daripada para pekerja – mendapat pengalaman baru
  • setiap peserta diberikan cenderamata – sebagai tanda kenangan – dijamu dengan jamuan ringan di kilang kantin

Penutup
  • rombongan bertolak pulang pada pukul 4.00 petang – banyak pengetahuan diperoleh – tandatangan pelapor

NOTA: Mengikut rangka karangan ini, sekolah anda perlulah berhampiran dengan kilang tersebut memandangkan lawatan hanya memakan masa sehari sahaja.

Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

1 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email