Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Ahad, April 27, 2014

Kerangka Karangan - Langkah-langkah Mengatasi Masalah Pencemaran Sungai

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.

Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Pendahuluan:
  • sungai - khazanah alam yang penting - bergantung pada sungai untuk melaksanakan aktiviti harian - sungai perlu dijaga bukan dicemari - langkah yang proaktif perlu diambil


Isi-isi:
  • kempen-kempen kesedaran diadakan dari semasa ke semasa - bermula daripada keluarga, institusi sekolah, masyarakat dan negara - contoh kempen 'Cintailah Sungai Kita'  & sambutan Hari Air Sedunia.
  • memperkenalkan projek sungai angkat - penduduk kawasan yang berhampiran bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan sungai
  • penguatkuasaan undang-undang - tindakan tegas kepada mereka yang mencemari sungai - hukuman berat
  • peranan media massa - memupuk kesedaran dan mengetengahkan isu semasa berkaitan pencemaran sungai - mesej dapat disampaikan ke seluruh negara
  • penggunaan teknologi yang canggih - kaedah rawatan air bagi sungai yang tercemar
  • membina pusat loji pelupusan bahan sisa bertoksik untuk sektor perindustrian - elak pembuangan bahan toksik yang tidak dirawat ke dalam sungai.

Penutup:
  • perlu berganding bahu untuk mengatasi masalah pencemaran sungai dan kawasan perairan - sungai sumber utama kehidupan manusia - perlu sahut seruan kerajaan dan pihak terbabit untuk menjaga alam sekitar.

*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.


Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.
.

1 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.