Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Sabtu, Julai 22, 2017

Ulasan UPSR - Langkah Pencegahan Demam Denggi

Gambar di bawah menunjukkan poster pencegahan demam denggi.
Tulis ulasan tentang langkah pencegahan demam denggi. Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Contoh kerangka jawapan:

Gambar - langkah-langkah pencegahan yang boleh dilaksanakan - elak demam denggi - hapuskan pembiakan nyamuk Aedes

Peruntukkan 10 minit pada setiap hujung minggu - memeriksa dan membersihkan kediaman - bebas dari nyamuk Aedes - kerjsama dengan ahli keluarga
Membuang air bertakung - bekas alas pasu bunga, ganti air di dalam pasu bunga dan akuarium
Membubuh ubat jentik-jentik di dalam kolam/air takungan - jejentik tidak boleh membiak
Bergotong-royong membersihkan kawasan kediaman - longkang, parit dan kawasan sekitar - tiada ruang yang boleh jadi tempat pembiakan nyamuk

Kesimpulannya, kita mampu mencegah demam denggi - lakukan langkah-langkah pencegahan secara berterusan - dapatkan rawatan segera jika mengalami tanda-tanda dijangkiti denggi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.