Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Jumaat, Januari 17, 2020

Kerangka Karangan - Faedah Berkebun/Bercucuk tanam di Rumah

Karangan Fakta UPSR - Faedah Berkebun





Pendahuluan
berkebun - bertani - mengusahakan tanah dengan menanam pokok buah-buahan, sayur-sayuran, pokok bunga dan tanaman hiasan - banyak faedah/kebaikan

Isi-isi
  • Tanah atau kawasan lapang di sekitar rumah boleh dimanfaatkan untuk berkebun. Dengan itu, kawasan tersebut tidak akan terbiar begitu sahaja.
  •  Berkebun boleh dijadikan aktiviti mengisi masa lapang atau terluang - hobi yang bermanfaat - masa digunakan sebaiknya.
  • Berkebun dapat menjimatkan perbelanjaan harian kerana hasil tanaman seperti sayur-sayuran tidak perlu dibeli - seisi keluarga akan dapat menikmati hasil tanaman yang segar dan berkhasiat – bebas dari bahan kimia berlebihan yang boleh menjejaskan kesihatan.
  • Sekiranya berkebun dilakukan bersama ahli keluarga, ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan - meluangkan masa berkualiti bersama keluarga - dekat dengan alam sekitar
  • Berkebun mengeluarkan peluh dan boleh dianggap sebagai aktiviti senaman yang boleh menyihatkan badan.
  • Menanam tumbuhan hiasan seperti pokok bunga dapat mencantikkan lagi kawasan persekitaran rumah.

Penutup
berbakti pada tanah - boleh mendatangkan hasil yang lumayan - kita sendiri yang akan menikmati ganjarannya




*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.


Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

5 ulasan:

  1. bagusssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss

    BalasPadam
  2. Bagus banyak ya...

    BalasPadam
  3. Memupuk sikap bersedekah-lebihan hasil diberi kepada jiran tetangga-mengelakkan pembaziran-mengeratkan hubungan silaturrahim dan perpaduan

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.