Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Rabu, September 23, 2015

Kerangka Karangan - Cara-cara untuk Menangani Masalah Keruntuhan Akhlak Remaja

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.

Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.



Soalan:
Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja membimbangkan pelbagai pihak. Huraikan cara-cara untuk menangani masalah ini.


Pengenalan
  • Masalah akhlak remaja - membimbangkan - kebejatan akhlak dalam kalangan remaja semakin meruncing - pelbagai kes salah laku - nilai murni semakin luntur

Isi-isi
  • ibu bapa mesti bertanggungjawab mengawasi pergerakan dan aktiviti anak-anak - tahu di mana mereka berada - dengan siapa mereka bergaul/berkawan
  • sekolah mesti menitikberatkan aspek nilai murni - tanamkan dalam diri murid/pelajar melalui pembelajaran di sekolah
  • masyarakat sekeliling perlu peka mengenai masalah akhlak remaja - perlu ambil peduli terhadap tindakan dan kelakuan remaja 
  • didikan agama dan moral yang mencukupi perlu diterapkan dalam jiwa remaja - tahu membezakan antara yang baik dan buruk
  • peranan media massa - cuba mengajak remaja ke arah kebaikan - bukannya menarik mereka ke arah keburukan - perlu tapis media yang bakal dihebahkan supaya tidak menjejaskan pemikiran remaja
  • kerajaan - menganjurkan banyak aktiviti dan kempen berfaedah yang melibatkan remaja - tarik perhatian mereka untuk turut sama terlibat - masa terluang dapat dimanfaatkan sebaiknya

Penutup
  • Semua pihak perlu bekerjasama - jangan buat bena tidak bena - masalah akhlak remaja - perlu dipikul bersama


Lihat kerangka karangan lain berkaitan isu remaja di sini.



*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.


Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.