Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Sabtu, Oktober 03, 2015

Jawapan Latihan Kesalahan Bahasa (Set 1 Latihan 2)

Entri soalannya di sini.

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

  1. Mahadzir memohon cuti dari majikannya untuk pulang ke kampung. daripada
  2. Kerja-kerja memperlebarkan jalan itu perlu dilakukan dengan segera. memperlebar
  3. Dr. Shanti adalah pensyarah di Universiti Malaya. Beliau berasal dari Sibu. ialah
  4. Wan Liang mendapat tempat pertama di dalam pertandingan syarahan itu. dalam
  5. Mini telekung yang dibeli oleh ibu di Bandung sangat halus corak sulamannya. Telekung mini
  6. "Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas tersebut," sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah. Patik
  7. Kawasan sawah padi di hujung kampung itu diusahakan oleh kami. kami usahakan
  8. Cahaya lampu dari rumah agam di atas bukit itu sangat terang-benderang. sangat terang/terang-benderang
  9. Dua orang perompak-perompak telah ditembak mati oleh pihak polis dalam satu insiden rompakan bank pagi semalam. perompak
  10. Kuih yang enak itu dibuat dari tepung pulut dan santan. daripada
  11. Adik memanggil abang berapa kali tetapi langsung tidak dibenakannya. beberapa
  12. Di hari raya, semua ahli keluarga saya akan berkumpul di rumah datuk dan bergotong-royong membuat persiapan hari raya. pada


Ulang kaji dengan dapatkan latihan kesalahan bahasa (berserta jawapan) yang lain di sini

9 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.