Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Rabu, Januari 15, 2020

Jawapan Latihan Kesalahan Bahasa (Set 1 Latihan 4)

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

  1. “Berusahalah daripada sekarang,” pesan Cikgu Malik kepada pelajar-pelajarnya. dari
  2. Berpuluh orang penumpang terbunuh dalam nahas udara itu. Berpuluh-puluh
  3. Razak pergi di sekolah dengan berjalan kaki. ke
  4. Berbagai alasan diberikan oleh pelajar itu apabila dia gagal dalam peperiksaan. Berbagai-bagai / Pelbagai
  5. Hidup berjiran mestilah saling tolong– menolong. saling menolong / tolong-menolong
  6. Kelab Kerjaya itu terdiri dari 150 orang ahli. daripada
  7. Janganlah saling caci – mencaci sesama kita. saling mencaci / caci-mencaci
  8. Pelajar – pelajar itu pandai – pandai semuanya. Pelajar-pelajar itu pandai semuanya. / Pelajar itu pandai-pandai semuanya.
  9. Program hiburan itu disiarkan daripada pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam. dari
  10. Jalan menuju ke rumah Taufiq incang – incang. incang-incut
  11. Pelbagai dayung – mayung tersimpan kemas di dalam bangsal itu. Pelbagai dayung
  12. Mereka menunggu sejak dari pagi tadi. sejak pagi tadi / dari pagi tadi

Ulang kaji dengan dapatkan latihan kesalahan bahasa (berserta jawapan) yang lain di sini

3 ulasan:

  1. Boleh terima tak kalau jawapan saya bagi nombor sebelas ialah Pelbagai dayung-mayung > Dayung-mayung?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dayung-mayung bererti banyak dayung atau bermacam jenis dayung. Jadi jawapan yang diterima ialah

      i. Pelbagai dayung
      ii. Dayung-mayung

      Padam
  2. Boleh terima tak jawapan nombor dua saya bagi *berpuluh penumpang*??

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.