Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
- Aris memperolehi keuntungan besar hasil daripada penjualan buah durian di dusun datuknya. memperoleh
- Julia menghadiahkan Samera sepasang kasut sukan berjenama bersempena dengan hari lahirnya. menghadiahi
- Nian indah pemandangan matahari terbit di pulau itu pada waktu pagi. Indah nian
- Pelbagai kuih-muih yang dijual di gerai itu enak belaka. Pelbagai kuih
- Kerja-kerja memperdalamkan longkang itu dilakukan pada hujung minggu. memperdalam
- "Kami semua perlu berlatih bersungguh-sungguh untuk perlawanan akan datang," ujar Shamir selaku ketua pasukan kepada ahli-ahli pasukannya. Kita
- "Sudah lama hamba menunggu kedatangan awak," kata Tun Mamat. tuan hamba
- Perlawanan bola jaring antara Sekolah Menengah Bukit Parang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading ditangguhkan kerana hujan lebat. dengan
- Monica membuka pintu pagar rumahnya seraya melangkah masuk. lalu
- Dr. Suresh adalah seorang pakar perubatan yang terkenal dari Pakistan. ialah
- Antara punca-punca pencemaran udara ialah pelepasan asap kilang dan pembakaran terbuka. Antara punca
- Dia merupakan Perdana Menteri yang disegani dan dihormati. Beliau
Ulang kaji dengan dapatkan latihan kesalahan bahasa (berserta jawapan) yang lain di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.