Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Isnin, Julai 24, 2017

Ulasan UPSR - Kegunaan Pokok Kelapa

Soalan:
Rajah di bawah menunjukkan cara-cara untuk menjaga kesihatan diri.
Tulis ulasan tentang kegunaan pokok kelapa.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.



Contoh kerangka jawapan:

Pokok kelapa mempunyai banyak kegunaan - hampir setiap bahagian pokok kelapa boleh digunakan

Antaranya - daun pokok kelapa - anyam menjadi sarung ketupat - bahagian lidi - lidi sate - hidangan istimewa pada hari raya
Air kelapa muda - enak rasanya - minuman pilihan yang menyegarkan - hilangkan dahaga
Isi kelapa tua - diparut dan diperah - santan - digunakan dalam pelbagai masakan
Sabut dan tempurung kelapa - dibuat berus sabut dan dijadikan hasil kraf yang menarik

Pokok yang mempunyai banyak fungsi - sangat berguna dalam kehidupan seharian



Sabtu, Julai 22, 2017

Ulasan UPSR - Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri

Soalan:
Rajah di bawah menunjukkan cara-cara untuk menjaga kesihatan diri.
Tulis ulasan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri dalam bentuk perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Contoh kerangka jawapan:

Menjaga kesihatan diri - amalan baik - memberi kesan positif pada tubuh

Antara caranya - makan makanan yang berkhasiat dan seimbang seimbang berpandukan piramid makanan - kurangkan risiko penyakit
Seterusnya - melakukan aktiviti kecergasan fizikal - bersenam - badan berpeluh - kita lebih aktif dan sihat
Selain itu - menjaga kebersihan diri - elak jangkitan kuman dan penyakit - dapat hidup selesa
Di samping itu - rehat dan tidur yang cukup  - merehatkan tubuh dan minda supaya kembali bertenaga

Menjaga kesihatan diri - penting - diamalkan supaya dapat menikmati kehidupan yang baik




Ulasan UPSR - Aktiviti Pada Masa Lapang

Soalan:
Gambar di bawah menunjukkan aktiviti-aktiviti pada masa lapang. Tulis ulasan tentang aktiviti-aktiviti pada masa lapang tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.







Ulasan UPSR - Langkah Pencegahan Demam Denggi

Gambar di bawah menunjukkan poster pencegahan demam denggi.
Tulis ulasan tentang langkah pencegahan demam denggi. Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Contoh kerangka jawapan:

Gambar - langkah-langkah pencegahan yang boleh dilaksanakan - elak demam denggi - hapuskan pembiakan nyamuk Aedes

Peruntukkan 10 minit pada setiap hujung minggu - memeriksa dan membersihkan kediaman - bebas dari nyamuk Aedes - kerjsama dengan ahli keluarga
Membuang air bertakung - bekas alas pasu bunga, ganti air di dalam pasu bunga dan akuarium
Membubuh ubat jentik-jentik di dalam kolam/air takungan - jejentik tidak boleh membiak
Bergotong-royong membersihkan kawasan kediaman - longkang, parit dan kawasan sekitar - tiada ruang yang boleh jadi tempat pembiakan nyamuk

Kesimpulannya, kita mampu mencegah demam denggi - lakukan langkah-langkah pencegahan secara berterusan - dapatkan rawatan segera jika mengalami tanda-tanda dijangkiti denggi.



Ulasan UPSR - Faedah Bergotong-royong

Soalan:
Gambar di bawah menunjukkan aktiviti sebuah keluarga membersihkan kawasan kediaman mereka.
Tulis ulasan kamu tentang faedah yang diperoleh daripada aktiviti di bawah. Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 - 80 patah perkataan.



TIPS: Untuk menjawab soalan di atas, murid perlu mengenal pasti apakah kebaikan bergotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal. Perhatikan aktiviti yang terdapat dalam gambar, fikirkan apa manfaat yang akan kita dapat dengan melakukan aktiviti tersebut.




Jumaat, April 14, 2017

Ulasan PT3 - Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

Perhatian:

Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Dijelaskan di sini, tiada ulasan lengkap yang akan diberi.


Ulasan PT3 Latihan 08 - Ciri-ciri Pelajar Cemerlang



Cadangan isi:

  • golongan pemikir kelas pertama - rajin, teguh dan gigih dalam menimba ilmu pengetahuan
  • berdisiplin - bijak membahagikan masa untuk belajar dan aktiviti harian yang lain
  • berakhlak mulia dalam pergaulan harian - menghormati ibu bapa guru, orang sekeliling, tidak sombong
  • berpandangan jauh - mempunyai matlamat dan visi hidup, sentiasa bersedia mendepani cabaran


Dapatkan latihan ulasan yang lain di sini.



Ulasan PT3 - Punca-punca Kemalangan Jalan Raya

Perhatian:

Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Dijelaskan di sini, tiada ulasan lengkap yang akan diberi.


Ulasan PT3 Latihan 07 - Punca-punca Kemalangan Jalan Raya

Kredit

Punca-punca Kemalangan Jalan Raya

Kecuaian Pengguna Jalan Raya
Sikap Pengguna Jalan Raya
Keadaan kenderaan - kerosakan mekanikal
Keadaan jalan raya yang bermasalah


Cadangan isi:

  • Sikap pengguna jalan raya yang cuai - tidak mematuhi peraturan lalu lintas - membahayakan pengguna jalan raya yang lain
  • Sikap pemandu atau pengguna jalan raya yang tidak berhemah - tidak sabar - panas baran - tidak tahu bertolak ansur - mengakibatkan kemalangan
  • Keadaan kenderaan yang tidak baik - terdapat kerosakan mekanikal - kenderaan tidak diservis
  • Keadaan jalan raya yang bermasalah - jalan berlubang, lekak-lekuk, tidak berturap, tiada lampu jalan, lampu isyarat rosak



Dapatkan latihan ulasan yang lain di sini.


Ulasan PT3 - Faedah Buah-buahan Tempatan

Perhatian:

Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Dijelaskan di sini, tiada ulasan lengkap yang akan diberi.


Ulasan PT3 Latihan 06 - Faedah Buah-buahan Tempatan

Cadangan isi:

  • Banyak khasiat - elok untuk kesihatan - kesan baik pada tubuh
  • Mudah didapati - stok sentiasa ada - tidak perlu bergantung kepada buah-buahan import
  • Murah - harga berpatutan dan lebih murah berbanding buah-buahan import
  • Sedap - rasa enak sesuai dijadikan pencuci mulut
  • Menambahkan hasil pendapatan - menanam buah-buahan tempatan, menjual hasilnya - boleh jadi sumber rezeki dan ekonomi keluarga



Dapatkan latihan ulasan yang lain di sini.



Selasa, Februari 21, 2017

Vocabulary - Other words for AMAZING

Instead of using 'amazing' over and over again, try use these words below. However, you have to be careful with the usage. Don't simply use any of these words as an alternative to amazing unless you're very sure that it suits the meaning of your sentence. Look up for these words and you can also refer to a thesaurus for better understanding.

Credits

Khamis, Februari 09, 2017

Kerangka Karangan - Punca-punca Kemerosotan Disiplin Pelajar

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Contoh soalan:
Tahap disiplin pelajar kini semakin merosot dan membimbangkan banyak pihak. Bincangkan punca-punca kemerosotan tersebut.


Pengenalan
  • masalah disiplin pelajar ketika ini semakin menjadi-jadi - pelbagai pihak menzahirkan kebimbangan mereka dalam hal ini


Isi-isi penting
  • pelbagai punca berlakunya krisis disiplin di kalangan pelajar - punca utama bermula di rumah - sikap ibu bapa yang lepas tangan - tidak memberi perhatian kepada anak-anak - rasa terabai
  • pengaruh rakan sebaya - salah memilih kawan - terikut/terpengaruh dengan kawan-kawan yang nakal - terjebak sama melakukan perkara-perkara yang melanggar disiplin
  • tekanan dan masalah peribadi  yang dialami oleh pelajar itu sendiri - tidak pandai mengurus diri dan jadual harian, bebanan kerja di sekolah, tidak dapat menyesuaikan diri, keluarga kucar-kacir - membuat jiwa pelajar memberontak
  • pengaruh internet dan media sosial - pelajar bertindak kasar atau melanggar peraturan sekolah kerana terpengaruh dengan pelbagai budaya tidak sihat yang ditularkan


Penutup
  • semua pihak mesti berusaha menangani masalah disiplin pelajar yang kian meruncing - perlu dibendung segera - elak masalah kebejatan akhlak remaja


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Sabtu, Februari 04, 2017

Peribahasa UPSR - Latihan 8

Peribahasa UPSR  - Latihan 8



Adik-adik  cuba perhatikan gambar-gambar di atas. Gabung atau padankan dua gambar untuk membentuk simpulan bahasa. Setelah itu, jangan lupa untuk semak apa maksud simpulan bahasa tersebut. Cuba bina ayat menggunakan simpulan bahasa yang telah dipelajari.



Rabu, Januari 25, 2017

Ulasan PT3 - Cara-cara Memupuk Perpaduan

Perhatian:

Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Dijelaskan di sini, tiada ulasan lengkap yang akan diberi.


Ulasan PT3 Latihan 05 - Cara-cara Memupuk Perpaduan



Isi tersurat:

  • Menganjurkan aktiviti gotong-royong 
  • Mengadakan dan menghadiri acara rumah terbuka sempena perayaan pelbagai kaum
  • Memahami dan menghayati sejarah negara
  • Melancarkan kempen perpaduan melalui media massa

Sabtu, Januari 14, 2017

Kerangka Karangan Mengikut Tema - Peristiwa | Sambutan | Keraian

Ahad, Januari 08, 2017

Kerangka Karangan - Tema Kekeluargaan

Kerangka Karangan - Tema Kekeluargaan
(Klik pada pautan yang berkaitan di bawah)




*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.