Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Jumaat, Januari 17, 2020

Kerangka Karangan - Ibu bapa Menjadi Penyebab berlakunya Gejala Sosial dalam Kalangan Remaja

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Soalan:
Ibu bapa menjadi penyebab berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja. Bincangkan pendapat tersebut.

Pengenalan
  • gejala sosial semakin serius dalam kalangan remaja - berpunca dari beberapa faktor tetapi ibu bapa dikatakan sebagai penyebab utama berlakunya masalah ini

Isi - isi
  • ibu bapa tidak menghiraukan anak-anak remaja - menganggap mereka sudah besar - mampu berdikari - tidak mempedulikan ke mana anak pergi/berada, dengan siapa anak berkawan dan apa yang anak lakukan di luar rumah
  • ibu bapa terlalu sibuk dengan pelbagai urusan - mementingkan kebendaan - sibuk kejar harta dan wang ringgit hingga anak-anak terabai - mereka akan rasa disisihkan
  • ibu bapa tidak memberikan kasih sayang yang sempurna kepada anak-anak - kurang belaian mesra - hubungan antara anak dan ibu bapa renggang
  • ibu bapa tidak memberi didikan agama dan moral yang cukup kepada anak-anak - anak-anak tidak diasuh untuk hidup mengikut batas agama dan norma moral
  • rumah tangga yang porak-peranda menyebabkan anak-anak tidak selesa di rumah - lebih suka bergaul dengan rakan-rakan - terpengaruh dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat

Penutup
  • semuanya berakar umbi dari rumah - ibu bapa mesti mengambil berat terhadap anak-anak terutamanya remaja - bukan setakat menyiapkan pakaian, tempat tinggal dan makan minum - perlu fikirkan perasaan mereka 


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.