Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Selasa, Januari 21, 2014

Kerangka Karangan - Majlis Perkahwinan Kakak (Keperihalan)


Contoh Soalan:
Majlis perkahwinan kakak anda berlangsung dengan meriah. Perihalkan majlis perkahwinan itu.


Pendahuluan
  • kakak sulungku melangsungkan perkahwinan – majlis diadakan secara gotong royong – amalan masyarakat di kampungku


Isi – isi
  • saudara – mara dan jiran terdekat berkumpul di rumahku – beberapa hari sebelum majlis bermula – membahagikan tugas semasa majlis
  • kaum lelaki – memasang khemah, menyiang daging lembu dan ayam – kaum wanita – menyediakan ramuan masakan – menghias pelamin dan bilik pengantin
  • majlis akad nikah – dilangsungkan di rumah – majlis berinai pada malamnya, sebelum majlis bersanding – meriah - sanak saudara dan sahabat handai berkumpul
  • banyak tetamu yang hadir, beberapa orang rakan sekelas turut serta – jemputan diiring ke khemah untuk menjamu selera dan diberi bunga telur – ibu dan ayah tidak menang tangan melayan tetamu
  • majlis persandingan berlangsung pada pukul 1.00 petang – mempelai bagaikan raja sehari duduk di atas pelamin – bagai pinanag dibelah dua - upacara menepung tawar dan bergambar bersama


Penutup
  • menjelang petang, jemputan semakin berkurang – kerja mengemas mula dijalankan – walaupun penat tetapi gembira – bersyukur majlis berlangsung dengan baik – doakan kebahagian kakak dan suami hingga akhir hayat.


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

10 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.