- Ikutlah rasmi padi, makin tunduk makin berisi. resmi
- Emak menyediakan mee goreng untuk sarapan kami sekeluarga pagi tadi. mi
- Cikgu Hadi merupakan Ketua Panitia matapelajaran Sejarah di sekolah saya. mata pelajaran
- Mereka sekeluarga akan ke Pulau Pinang dengan menaiki keretapi. kereta api
- Setiap pelajar perlu mendapatkan tanda tangan ibu bapa atau penjaga sebelum dibenarkan menyertai lawatan itu. tandatangan
- Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha membendung masalah kesesakan lalulintas di bandar-bandar besar. lalu lintas
- Para pelawat diminta berkumpul di cafeteria untuk satu taklimat ringkas. kafeteria
- Semua pihak perlu menggembeleng tenaga dalam mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia. menggembleng
- Campurtangan kuasa luar tidak digalakkan jika kita mahu menyelesaikan masalah ini dengan segera. Campur tangan
- Ramai yang tidak tahu bahawa Amir dan Amira adik beradik kembar. adik-beradik
Selamat Singgah!
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.
Rabu, Januari 15, 2020
Jawapan Latihan Kesalahan Ejaan (Set 1 Latihan 2)
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu
kesalahan ejaan. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada
ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.