Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Rabu, Januari 15, 2020

Latihan Kesalahan Ejaan (Set 1 Latihan 3)

Set 1 Latihan 3

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


1. Pasaraya yang baru dibuka itu sedang mengadakan jualan pembukaan. _____________________________


2. Kanak-kanak itu sedang dirawat di hospital kerana mengidap penyakit leukimia. _____________________________


3. Semua urusan jual-beli di sekitar masjid itu perlu dihentikan buat sementara waktu demi menghormati waktu solat. _____________________________


4. Pak Mat membuat beberapa batas baru di kebunnya untuk menanam kobis. _____________________________


5. Firman tidak ke sekolah hari ini kerana diserang demam selsema. _____________________________


6. Illustrasi menarik itu dilukis oleh seorang kartunis muda yang berbakat. _____________________________


7. Merida sedang menyediakan puding kastad kegemaran ibunya. _____________________________


8. Encik Mujahid sedang meneliti pelan insuran yang sesuai buat ahli keluarganya. _____________________________


9. Baucer buku itu boleh digunakan di semua kedai-kedai buku utama. _____________________________


10. Syamil membeli dua puluh cocok sate daging di medan selera itu. _____________________________


Ulang kaji dengan dapatkan latihan kesalahan ejaan (berserta jawapan) yang lain di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.