Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Jumaat, Januari 17, 2020

Kerangka Karangan - Cara-cara Mengekalkan Permainan Tradisional

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.



Soalan: Permainan tradisional semakin terpinggir dalam kalangan masyarakat hari ini. Jelaskan cara-cara untuk mengekalkan permainan ini terutamanya dalam kalangan remaja.
Pendahuluan:
  • permainan tradisional merupakan warisan bangsa - perlu mengekalkan dan memeliharanya agar tidak dilupakan - terus dapat diwarisi generasi akan datang

Isi-isi penting:
  • menganjurkan pertandingan permainan tradisional di pelbagai peringkat - menarik masyarakat untuk mengambil bahagian - mengenali permainan tradisional dengan lebih dekat
  • memperkenalkan permainan tradisional dalam kalangan pelajar - dijadikan sebagai kegiatan kokurikulum - diwarisi oleh generasi muda - bakal mengekalkannya sepanjang zaman
  • menyiarkan dokumentari tentang permainan tradisional - masyarakat dapat mengetahuinya - berminat untuk mempelajarinya
  • menganjurkan pameran tentang permainan tradisonal - generasi muda dapat melihat permainan tradisional - mempopularkan permainan tradisional - dapat menarik minat pelancong

Penutup:
  • semua pihak harus bekerjasama untuk menghidupkan permainan tradisional - memulihara dan memelihara permainan tradisional - khazanah yang berharga - diwarisi oleh generasi muda


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

5 ulasan:

  1. rasa rasanya ada kemungkinan boleh keluar tak tajuk macam ini untuk ujian bertutur pt3 tahun ni?

    BalasPadam
  2. memang keluar untuk pt3 2017

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.