Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Jumaat, Januari 17, 2020

Kerangka Karangan - Masalah Keracunan Makanan Semasa Menyertai Perkhemahan

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.



Contoh Soalan: 
Beberapa orang pelajar di sekolah anda telah mengalami keracunan makanan ketika mengikuti Perkhemahan Muhibah antara unit beruniform.Sebagai pemberita majalah sekolah, anda diminta menulis berita tentang kejadian itu. Tulis berita itu selengkapnya.

Pendahuluan:
Format berita - tempat, tarikh - bilangan murid dan unit beruniform yang terlibat

Isi-isi penting:
  • Pengesahan pihak hospital - sebanyak 75 orang peserta perkhemahan terpaksa dikejarkan ke hospital tetapi dibenarkan pulang selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar - pihak hospital menasihati ibu bapa agar jangan bimbang - keadaan mereka adalah stabil dan terkawal - punca keracunan - makanan dalam tin yang digunakan telah tercemar - telah luput tarikh dan berkulat
  • Tindakan pihak sekolah - pengetua telah membuat laporan tentang kejadian keracunan makanan kepada pihak polis - pihak sekolah akan memantau dari semasa ke semasa keadaan mangsa keracunan makanan termasuk para peserta yang terselamat daripada kejadian ini
  • Keterangan salah seorang peserta - para peserta sedang menjalani aktiviti kebudayaan - tiba-tiba sekumpulan peserta, iaitu lebih kurang 15 orang mengerang kesakitan dan berguling-guling menekan perut masing-masing - badan mereka berpeluh-peluh dan mulai panas
  • guru-guru yang bertugas mencuba memberikan bantuan kecemasan namun keadaan mangsa tidak menunjukkan tanda-tanda akan sembuh lalu menghubungi pihak hospital - beberapa buah ambulans tiba dan para peserta yang terbaring dikejarkan ke hospital manakala para peserta yang masih boleh bertahan dibawa oleh guru-guru


Penutup:
Penyelaras Perkhemahan Muhibah memberi jaminan bahawa tindakan yang sewajarnya akan diambil dengan mengadu kepada Persatuan Pengguna tentang insiden ini.


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.