Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Jumaat, Januari 17, 2020

Kerangka Karangan - Faedah Mempunyai Kawan yang Banyak

Perhatian:
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.

Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.



Pendahuluan
  • mengapa penting mempunyai kawan yang banyak? - berkasih biarlah satu,berkawan biarlah seribu - digalakkan berkawan sebanyak mungkin - tidak jadi kera sumbang

Isi-isi
  • tidak sunyi - bergaul dengan kawan-kawan, ada teman berbual, hidup lebih terisi
  • belajar perkara baru setiap hari - perkongsian pengalaman terutama dengan kawan-kawan yang duduk jauh di negara lain - bertukar-tukar pandangan
  • berpeluang mengenal budaya dan cara hidup yang berbeza- kawan-kawan yang berlainan agama, budaya, tempat tinggal - tidak seperti katak di bawah tempurung
  • memupuk perpaduan kaum - mengeratkan silaturahim - berkawan tanpa mengira bangsa, keturunan atau warna kulit
  • membentuk sahsiah dan peribadi diri - apabila berkawan dengan pelbagai peringkat umur - macam-macam ragam - belajar menilai yang mana baik dan yang mana buruk
  • mendapat sokongan moral apabila berdepan dengan masalah - ada kawan-kawan yang boleh menjadi tempat mendengar masalah - beri nasihat yang sewajarnya
  • saling membantu - terutamanya dalam pelajaran - yang pandai dapat menolong yang lemah - belajar secara berkumpulan - bertukar-tukar nota/ kertas soalan periksa

Penutup
  • banyak kebaikan mempunyai banyak kawan - berhati-hati - perilaku, perangai dan tindakan akan dipengaruhi oleh kawan-kawan - antara intan dengan kaca - pilih kawan yang boleh mendorong untuk berjaya - bukan yang boleh memusnahkan kita


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

3 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.