Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Jumaat, Januari 17, 2020

Kerangka Karangan - Kesan-kesan Permainan Komputer atau Video Terhadap Remaja

Perhatian:
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.

Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Kesan-kesan Permainan Komputer atau Video Terhadap Remaja


Pendahuluan
  • remaja sangat suka bermain permainan video baik yang dimainkan di komputer, konsol permainan atau arked permainan (pusat permainan komputer)  di pusat beli belah - menghabiskan masa berjam-jam bermain - walaupun dianggap sebagai hiburan untuk menenangkan fikiran -  mendatangkan banyak keburukan


Isi-isi
  • menjadikan remaja leka dan lalai - terlalu asyik bermain permainan komputer hingga lupa jalani kehidupan harian seperti biasa - abaikan makan minum, lupa solat, lupa buat kerja rumah 
  • mendorong remaja ponteng sekolah - terlalu ghairah bermain permainan komputer, sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk pergi ke pusat permainan komputer
  • membazir masa - masa dihabiskan dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah - sebaiknya masa yang digunakan untuk bermain permainan video dimanfaatkan untuk mengulang kaji pelajaran
  • membazir wang - sanggup menggunakan wang belanja sekolah yang diberi oleh ibu bapa untuk bermain permainan komputer di pusat beli belah atau kafe siber - beli cakera padat permainan - beli muat turun permainan di telefon pintar
  • terdedah pada gejala tidak sihat - permainan komputer memaparkan pergaduhan, adegan tembak-menembak, pakaian mencolok mata - remaja akan mudah terpengaruh - menjejaskan perilaku


Penutup
  • wajar mendapat pengawasan daripada ibu bapa - pemilik pusat permainan komputer perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan - tidak membenarkan remaja di bawah 18 tahun atau berpakaian sekolah memasuki premis perniagaan mereka

*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

4 ulasan:

  1. sangat baik.saya dapat menghuraikan isi karangan ini dengan mudah..

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana sudi berkongsi..😊😊

    BalasPadam
  3. Terima kasihla. Senang kerja.

    BalasPadam
  4. Terima kasih.....kerana saya dapat banyak isi-isi....karangan saya pun nampak macam menarik juga.....

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.