Set 1 Latihan 4
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
1. “Berusahalah daripada sekarang,” pesan Cikgu Malik kepada pelajar-pelajarnya. _____________________________
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
2. Berpuluh orang penumpang terbunuh dalam nahas udara itu. _____________________________
3. Razak pergi di sekolah dengan berjalan kaki. _____________________________
4. Berbagai alasan diberikan oleh pelajar itu apabila dia gagal dalam peperiksaan. _____________________________
5. Hidup berjiran mestilah saling tolong – menolong. _____________________________
6. Kelab Kerjaya itu terdiri dari 150 orang ahli. _____________________________
7. Janganlah saling caci – mencaci sesama kita. _____________________________
8. Pelajar – pelajar itu pandai – pandai semuanya. _____________________________
9. Program hiburan itu disiarkan daripada pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam. _____________________________
10. Jalan menuju ke rumah Taufiq incang – incang. _____________________________
11. Pelbagai dayung – mayung tersimpan kemas di dalam bangsal itu. _____________________________
12. Mereka menunggu sejak dari pagi tadi. _____________________________
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.