Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Rabu, Januari 15, 2020

Jawapan Latihan Kesalahan Bahasa (Set 1 Latihan 3)


Entri soalannya di sini.

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


  1. Janganlah kamu membincangkan tentang perkara itu lagi. membincangkan
  2. Wahida gemarkan masakan yang dimasak oleh kakaknya.  gemar akan
  3. Sesetengah daripada pendapatannya dihantar kepada ibunya di kampung.  Setengah
  4. Beberapa orang pelajar – pelajar berada di perpustakaan. pelajar
  5. Buku – buku di atas meja itu tebal – tebal belakaBuku...tebal-tebal belaka/ Buku-buku...tebal belaka.
  6. Beberapa helai dedaun kering berterbangan ditiup angin.  daun
  7. Abang berada pada rumah sepanjang hari ini. di
  8. Amir dengan Ashraf mengajak saya mandi di sungai itu. dan
  9. Pekarangan rumah agam itu sangat terang-benderangsangat terang / terang-benderang
  10. Suasana di dalam kelas itu sangat riuh-rendah apabila guru keluar.  sangat riuh / riuh - rendah
  11. Ali terbongkok – bongkok berkali – kali mengutip buah yang gugur itu.  terbongkok berkali-kali / terbongkok-bongkok
  12. Adik menggaru – garu kakinya berkali – kali kerana gatal. menggaru kakinya berkali-kali / menggaru-garu kakinya


Ulang kaji dengan dapatkan latihan kesalahan bahasa (berserta jawapan) yang lain di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.