Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Rabu, Januari 15, 2020

Latihan Kesalahan Bahasa (Set 1 Latihan 6)


Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


  1. Monica sangat sayangkan kucing peliharaannya, Lancelot. _____________________________
  2. Saya akan maklumkan perkembangan projek ini dari masa ke semasa. _____________________________
  3. Lain-lain hal yang berbangkit boleh dikemukakan dalam mesyuarat yang akan datang. _____________________________
  4. Asyraf yang paling petah berhujah di dalam pertandingan debat itu. _____________________________
  5. Di hari pernikahannya, kakak telah didandan oleh seorang jurusolek terkenal. _____________________________
  6. Setengah remaja lebih gemar menghabiskan masa bersama kawan-kawan berbanding ahli keluarga. _____________________________
  7. Shazrin dan rakan-rakannya saling bertukar-tukar pandangan ketika mengadakan perbincangan sesama mereka. _____________________________
  8. Asingkan telur putih terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam adunan. _____________________________
  9. Adik terkejut lalu menangis bila mendengar bunyi guruh berdentum. _____________________________
  10. Kerja-kerja memperdalamkan parit itu akan dimulakan pada minggu hadapan. _____________________________


Ulang kaji dengan dapatkan latihan kesalahan bahasa (berserta jawapan) yang lain di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.