Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Khamis, Januari 23, 2020

Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi. 


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.



Pendahuluan
- Aktiviti kokurikulum mendatangkan banyak faedah kepada murid/pelajar - terutama sekali dalam pembentukan sahsiah

Isi - isi
Dapat menonjolkan bakat dan kebolehan seseorang murid/pelajar melalui aktiviti yang disertai. [Berikan contoh yang sesuai - Kelab Muzik/Pancaragam - menyerlahkan kemahiran pelajar bermain alat muzik]

Berpeluang belajar sesuatu yang baru dan menarik setiap hari. [Contoh - mempelajari teknik ikatan tali dalam Persatuan Pengakap dan pertolongan cemas melalui Persatuan Bulan Sabit Merah.]

Menyihatkan badan - menyertai aktiviti kokurikulum yang berbentuk permainan - menjadikan badan lebih cergas [Beri contoh]

Melatih murid/pelajar agar lebih berdisiplin - menyertai kelab & persatuan - mereka perlu mematuhi peraturan dan perlembagaan sesuatu persatuan atau kelab - turut belajar mentaati perintah ketua - belajar menerima arahan

Memupuk semangat bekerjasama - aktiviti kokurikulum yang dijalankan kebiasaannnya memerlukan penyertaan ahli pasukan secara berkumpulan - belajar menyesuaikan diri dengan ahli-ahli lain demi menjayakan sesuatu aktiviti.

Menanam sikap saling menghormati sesama ahli pasukan - menghargai peranan setiap ahli
Menonjolkan bakat kepimpinan dalam diri - memegang jawatan dalam persatuan dan kelab [Berikan contoh] menerapkan nilai tanggungjawab dalam diri - menyediakan pelajar agar dapat menjadi pemimpin di masa akan datang.

Menyemai keyakinan dan keberanian dalam diri pelajar - perlu percaya pada diri masing-masing dalam mengendalikan sesebuah persatuan atau kelab.

Pelajar dapat memanfaatkan masa sebaiknya - melakukan perkara yang lebih berfaedah - tidak terdedah dengan anasir yang tidak sihat.

Penutup
- Menyertai aktiviti kokutikulum - aktiviti yang sihat dan mendatangkan pelbagai kebaikan - melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani.



Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

2 ulasan:

  1. bag0s !
    saya p0n ambik sikit-2 untuk pidato sp0ntan dekat sch0ol nanti !
    than's

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.