Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Ahad, September 04, 2011

Kerangka Karangan - Faedah dan Kebaikan Bersenam

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Pendahuluan
- apa itu bersenam - aktiviti fizikal yang boleh mengeluarkan peluh
- selalunya dilakukan pada waktu pagi atau petang
- kelas pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolah juga ada aktiviti bersenam.



Isi-isi (Kebaikan & Faedah)
  • boleh menyihatkan tubuh badan - apabila bersenam badan akan mengeluarkan peluh - perpeluhan dapat menyingkirkan sisa toksin dalam tubuh - selain itu dapat mengawal suhu badan kita - kita akan jadi lebih sihat
  • dapat bantu mengawal berat badan/mengatasi masalah obesiti - bersenam akan meningkatkan metabolisme badan, bakar lemak - maka bersenam adalah cara terbaik untuk menurunkan atau mengawal berat badan
  • meningkatkan stamina diri - apabila kerap bersenam - badan akan betah melakukan aktiviti-aktiviti fizikal - tidak mudah penat - lebih cergas dalam menjalankan aktiviti harian
  • otak menjadi cerdas - apabila kerap bersenam - minda akan menjadi lebih cerdas - dapat berfikir dengan baik - penting untuk murid/pelajar - dapat memikirkan idea-idea yang tuntas & bernas
  • sebagai aktiviti riadah - dapat menenangkan fikiran - bersenam boleh melegakan tekanan atau stres - apabila aktiviti ini dilakukan bersama kawan-kawan atau ahli keluarga - dapat mengeratkan hubungan sesama mereka

Penutup
- banyak manfaat yang kita dapat dengan bersenam - banyak kesan positif yang dapat kita nikmati
- lakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari - dua atau tiga kali seminggu
- bersenam demi kesihatan atau cara hidup yang lebih sihat
- 'badan cergas, otak cerdas'



*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.


Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.



70 ulasan:

  1. kene buat karangan die sekali...barulah ok

    BalasPadam
    Balasan
    1. yay pandai..kaw ni malas btul nak buat karangan

      Padam
    2. Kau ni dh bagi betis nk peha buat lh sendiri

      Padam
  2. Karangannya adik cubalah tulis berpandukan isi-isi di atas.

    BalasPadam
  3. thank u for the information!now i hv the idea to do my karangan!:3

    BalasPadam
  4. Orang nak karangan lah cik abang, bukan rangka -,-

    BalasPadam
    Balasan
    1. guna rangkalah baru bleh buat karangan....
      nie main salin je krangan tanpa rangka...

      Padam
    2. Oklah tu . Isi dah bagi cukup dah .

      Padam
    3. Jangan jadi pemalas la. Dah bagi betis nak peha... macam mana nak maju.

      Padam
    4. Ok la tu ada rangka ....sambung je lah...guna la otak tu sikit

      Padam
    5. kau carikla karangan bukan rangka karangan la!!!!!!menyemak jeeee

      Padam
    6. Ada isi lebih senang untuk membuat karangan

      Padam
  5. Bagi murid/pelajar yang dapat memanfaatkan entri-entri di sini, baguslah. Harus diingat, blog ini memberikan bahan bimbingan untuk kalian belajar. Kami tidak pernah berniat untuk 'menyuap' kalian.

    @Nurin Sofiya - Rangka dah sedia ada, Nurin hanya perlu huraikan dan bina ayat yang baik. Masih sukar lagi?

    BalasPadam
  6. macam mana nak buat ayat pendahuluan yang bombastik?cikgu selalu komplain sebsab sye asyik buat...dewasa ini,pada zaman ini,dan sewaktu dengannya.cikgu naik bosan.berilah contoh sikit....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adik boleh cuba mulakan karangan dengan mengutarakan persoalan. Contohnya, untuk soalan berkenaan cara-cara meningkatkan mutu sukan negara, pendahuluan boleh dikarang seperti bentuk di bawah.

      Pencapaian ahli sukan negara yang semakin merosot belakangan ini sudah tidak dapat kita nafikan. Mengapakah hal ini berlaku kendatipun pelbagai cara telah dilakukan untuk meningkatkan prestasi mereka? Di manakah silapnya, sehingga pencapaian ahli sukan kita kian hari kian merosot? Siapakah yang harus disalahkan dalam hal ini? Persoalannya kini, apakah penyelesaian terbaik bagi meningkatkan mutu sukan negara agar dapat melakar negara di pentas dunia?

      Selain itu, untuk karangan isu semasa, adik boleh petik tajuk-tajuk akhbar yang berkaitan. Boleh juga dimulakan sesebuah karangan itu dengan puisi/pantun.

      Pendahuluan karangan adalah 'magnet' yang akan menarik perhatian pembaca sama ada untuk terus baca hasil tulisan adik atau tidak :) Jadi, usah terlalu kritikal untuk hasilkan pendahuluan dengan ayat-ayat bombastik. Fikirkan, bagaimana adik mahu tarik minat orang untuk baca karangan adik dengan hasilkan pendahuluan yang jelas dan tidak klise.


      Selamat mencuba. Kiranya pelu bimbingan lanjut, sila emel cikgu di tuisyenkaklong@gmail.com

      Padam
  7. aku dah X lrt nak keje skolah.Asyik2 karangan 2X

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat perlahan-perlahan. Kerja sekolah bantu kita asah daya fikir :)

      Padam
  8. napa lah cikgu suruh cari karangan banyak2

    pent....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cari karangan banyak-banyak dan baca karangan tersebut adalah salah satu kaedah untuk kita tingkatkan kemahiran menulis. Kita dapat latih minda dengan isi-isi/idea yang relevan. Selain itu, kita akan dapat biasakan diri dengan contoh ayat-ayat karangan yang baik.

      Padam
    2. dont be lazy dik ! semangatkan diri

      Padam
  9. terima kasih cikgu
    untuk rangka karangan tersebut

    BalasPadam
  10. terima kasih cikgu utk maklumat tersebut...

    BalasPadam
  11. terima kasih,banyak membantu saya untuk membuat ulangkaji

    BalasPadam
  12. terima kasih banyak-banyak cikgu...

    BalasPadam
  13. terima kasih sebab bagi rangka ...senang buat kerja sekolah.;].

    BalasPadam
  14. terima kasih untuk rangka karangan... bagus...

    BalasPadam
  15. bgus karangan kamu..tetapi ada skit kesalahan .. semoga kesalahan itu dapat dijumpai dan diperbaiki.. terbaik.....

    BalasPadam
  16. Terima kasih banyak-banyak.. alhamdulillah .. haritu cikgu nak buat ujian.. so, saya baca la sikit sikit isi ni.. masuk jugak faedah bersenam.. saya buat dengan lancar.. dapat 28 daripada 30 markah.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah! Teruskan usaha. Jangan berhenti untuk terus jadi yang TERBAIK :)

      Padam
    2. Wahh.. Alhamdulillah, Tahniah! Jelesnyaa hahah

      Padam
  17. Terima kasih atas segala pertolongan cikgu. Sekarang dah dapat ilham :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

      Padam
  18. terima kasih :)

    BalasPadam
  19. aku suka rangka karangan ni

    BalasPadam
  20. Terima kasih . Sekarang saya dah ada idea nak buat karangan . Kalau tak blank habis . :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Baguslah kalau isi-isi ini dapat membantu kamu :)

      Padam
  21. laaaaaa...x de karanyaaaa *_*

    BalasPadam
  22. Terima kasih..sekrg barulah Ade idea nk buat karangan

    BalasPadam
  23. mcm mna nak buat penutup yg best??

    BalasPadam
  24. Terima kasih sgt sgt!! Dgn rangka ni lah sbbnya saya akan dpt A utk projek saya!! Trimo kaseh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Tahniah! Teruskan berusaha. Cikgu tumpang berbesar hati :)

      Padam
  25. halma binti muhammad20 April 2015 pada 5:41 PTG

    trima ksih...rngka ni bnyk mmbntu...

    BalasPadam
  26. halma binti muhammad20 April 2015 pada 5:46 PTG

    trima ksih.....

    BalasPadam
  27. cikgu sye jdkan rangka karangan sbagai homework..

    BalasPadam
  28. Terima kasih....kerangka itu banyak memberi saya pengetahuan dan membantu saya membuat kerja....

    BalasPadam
  29. Terima kasih.. walaupun rangka karangan, tapi bnyak isi penting..

    BalasPadam
  30. terima kasih sebab buat rangka karangan tu , sekarang saya dah dapat buat karangan

    BalasPadam
  31. terima kasih
    taqisemart

    BalasPadam
  32. terima kasih kerana telah membantu sy membuat ulangkaji☺

    BalasPadam
  33. Elok lh tu kna bgi kerangka. tkkan nk bergantung pd karangan lain je.. kena lh usaha buat karangan sndiri

    BalasPadam
  34. Terima kasih. Sangat sangat membantu saya. Rangka tapi padat dengan isi😁😁

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.