Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Sabtu, Ogos 27, 2011

Kerangka Karangan: Keburukan Permainan Video

Andaikan bahawa kamu pencadang dalam suatu pertandingan perbahasan. Tajuk perbahasan ialah “Permainan Video Banyak Mendatangkan Keburukan kepada Kanak – Kanak”. Sediakan hujah – hujah kamu selengkapnya.

Pendahuluan
kata – kata aluan kepada Pengerusi Majlis, panel hakim, para pembangkang dan para hadirin - beri penjelasan atau definisi tajuk perbahasan -  nyatakan pendirian sebagai pencadang - menyokong tajuk perbahasan

Isi – isi

  • banyak membuang masa kanak – kanak – mereka lalai dan leka dengan permainan tersebut - jadual harian terganggu - lupa untuk makan, solat dan membuat kerja rumah
  • membawa kesan buruk kepada prestasi pelajaran – asyik tertumpu pada permainan tersebut – sanggup bermain berjam – jam lamanya – tidak mempunyai masa untuk mengulangkaji pelajaran/bersedia untuk peperiksaan
  • tidak mempunyai unsur – unsur pendidikan dan pengetahuan – hanya hiburan dan keseronokan semata – mata - melentur buluh biarlah daripada rebungnya - pada usia semuda ini, kanak-kanak perlu disemaikan dengan pelbagai bentuk ilmu pengetahuan yang menjana minda - bukannya disogokkan dengan budaya suka berhibur
  • membazir wang – membeli permainan tersebut dan aksesorinya dengan harga yang mahal – bil elektrik meningkat tinggi - menjejaskan perbelanjaan dan ekonomi sesebuah keluarga
  • turut menimbulkan persengketaan di antara adik-beradik dan ahli keluarga kerana berebut mahu bermain permainan berkenaan


Penutup
menegaskan bahawa permainan video banyak meninggalkan kesan buruk kepada kanak – kanak - ibu bapa perlulah memainkan peranan yang besar dalam memastikan anak-anak tidak hanyut dalam dunia permainan video


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.


Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.