Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Rabu, September 26, 2012

Kerangka Karangan - Saya Sebuah Komputer


Pendahuluan: 
-    Saya sebuah komputer bernama Toshiba.
-    Dibuat dan dipasang di Jepun.
-    Siap dipasang – dibungkus dan dimasukkan ke dalam kotak.

Isi-isi:
-    Dimasukkan ke dalam kotak yang lebih besar.
-    Kotak itu kemudiannya dimasukkan ke sebuah lori.
-    Lori kemudian bergerak menuju pelabuhan.
-    Bersama teman-teman di masukkan ke kapal yang besar.
-    Kapal berlepas ke sebuah negara yang indah dan makmur, Malaysia.
-    Akhirnya tiba di Pelabuhan Klang.

-    Melalui pemeriksan ketat oleh Jabatan Kastam.
-    Kemudian dibawa dengan van ke sebuah kedai komputer.
-    Setelah beberapa hari dibeli oleh seorang ibu dengan harga RM4336.00.

-    Saya dihadiahkan oleh ibu itu kepada anak angkatnya.
-    Anak angkatnya belajar di UiTM.
-    Saya digunakan untuk menulis cerpen, menyiapkan tugasan-tugasan.
-    Saya menjalankan tugas dengan lancar dan gembira.
-    Apabila rosak saya dihantar ke pusat servis.

Penutup: 
-    Tiga tahun kemudian, tuan saya membeli komputer baru.
-    Saya diletakkan di sudut bilik dan tidak digunakan lagi.
-    Meratapi nasib malang.

Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email