Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Isnin, Oktober 08, 2012

Kerangka Karangan - Peranan Ibu Bapa dalam Memastikan Kecemerlangan Anak-anak

Perhatian:
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.

Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Contoh Soalan:
Ibu  bapa berperanan menentukan kejayaan anak-anak dalam peperiksaan. Bincangkan  usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memastikan kecemerlangan anak-anak dalam peperiksaan.

Pendahuluan:
Setiap ibu bapa mengimpikan kejayaan anak-anak - tidak boleh sekadar berpeluk tubuh dan mengharapkan impian menjadi kenyataan - perlu sedar - memainkan peranan utama dalam memastikan kejayaan anak-anak.

Isi-isi:
  • membelikan buku-buku rujukan, buku kerja – biasakan anak-anak buat latih tubi atau latihan tambahan agar dapat menguasai setiap subjek dengan baik
  •  menyediakan jadual ulang kaji dan memastikan anak-anak mengikut jadual yang dibuat – bimbing agar mereka lebih berdisiplin mengikut jadual tersebut – dapat lebih bersedia menjelang peperiksaan
  • menyediakan kelengkapan alat tulis yang cukup – pen, pen warna, set geometri - pembelajaran terganggu jika tidak cukup kelengkapan
  • menyediakan makanan yang berkhasiat – cergas dan cerdas dalam kehidupan seharian
  • memberi kata-kata perangsang/ motivasi kepada anak-anak – jangan rendahkan kemampuan mereka – sentiasa beri sokongan/dorongan agar mereka boleh berjaya


Penutup:
Ibu bapa perlu turut sama berusaha - tidak wajar menyerahkan tanggungjawab kepada pihak sekolah atau pusat tuisyen - kejayaan yang besar bermula dari rumah - kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya



*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.