Selamat Singgah!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke FunCrayons. Blog ini menyediakan material/bahan belajar tambahan untuk para pelajar kelas tuisyen kami. Kami dengan rendah diri ingin berkongsi dengan kalian semua.

Suka diingatkan di sini, apa yang kami kongsikan di sini ialah bahan-bahan yang kami rasakan sesuai dan dapat membimbing murid/pelajar. Blog ini tidak menawarkan khidmat untuk memberi nota penuh atau menyediakan karangan lengkap untuk menyiapkan tugasan sekolah mana-mana pelajar. Mohon budi bicara kalian agar tidak meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral.

Gunakan bahan di blog ini sewajarnya dan dapatkan sumber rujukan lain untuk membantu anda belajar. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang anda alami ekoran bergantung sepenuhnya pada isi kandungan blog ini.

Jika ada masalah dengan sebarang pautan di blog ini, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen entri berkenaan.

Sabtu, Mac 17, 2012

Kerangka Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi - Menasihati Rakan Agar Tidak Berhenti Sekolah


[Format Surat Kiriman Tidak Rasmi]
Pendahuluan: 
Memberi salam, bertanya khabar dan memberitahu surat rakan telah diterima, isi kandungan surat difahami – berasa bersimpati dengan kemalangan yang menimpa ayah rakan hingga hilang punca pendapatan

Isi-isi Penting:

  • Meminta rakan memikirkan kembali hasrat untuk berhenti sekolah – bukan penyelesaian kepada masalah yang ada - jelaskan kepentingan ilmu pada zaman ini – tidak wajar berhenti sekolah.
  • Cuba berkongsi masalah dengan saudara-mara atau pihak sekolah supaya dapat meringankan bebanan kewangan - jumpa dengan guru kaunseling sekolah 
  • Cadangkan pada rakan anda supaya melakukan kerja sambilan pada hujung minggu dan musim cuti sekolah untuk menampung kos persekolahan - cadangkan ibu rakan untuk mula berniaga secara kecil-kecilan. Contoh: kuih-muih, kerepek. Sedikit sebanyak dapat tambah pendapatan.
  • Teruskan pelajaran dan belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam peperiksaan – dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi - mempunyai kelulusan - dapat pekerjaan yang lebih baik - menyara keluarga
  • Pelajaran akan menentukan masa depannya - harus ingat 'Ilmu itu pelita hidup' 


Penutup:
Mengharapkan rakan dapat menimbangkan perkara ini sebaik-baiknya - batalkan hasrat untuk berhenti sekolah – harus tabah menghadapi dugaan.

Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.


3 ulasan:

  1. karangan sangat mantap. tq

    BalasPadam
  2. saya rasa anda perlu membuat lebih banyak tajuk...contohnya...PENDAPAT TENTANG NOVEL..dan lain-lain.....

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.

Follow by Email