Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Isnin, Julai 22, 2013

Kerangka Karangan - Kebaikan Menyertai Lawatan sambil Belajar ke Pusat Kraf Tangan


Contoh soalan: Kamu dan rakan kamu sedang berbual-bual tentang kebaikan menyertai lawatan sambil belajar ke pusat kraf tangan. Tulis perbualan tersebut selengkapnya.


Isi-isi yang disarankan:
  • dapat mengenali hasil kraf tangan yang terdapat di Malaysia - contoh: batik, labu sayung dan songket - berpeluang melihat dan mengenali hasil kraf tangan dengan lebih dekat
  • dapat belajar menghargai kehalusan dan kesenian hasil kraf tangan yang menjadi warisan kebanggaan negara - contoh: keindahan corak batik dan kain pua sangat tinggi nilai keseniannya
  • berpeluang untuk belajar cara-cara menghasilkan kraf tangan - contoh: belajar mencanting dan mewarna batik, membuat labu sayung dan membuat gelang manik
  • dengan mempelajari cara membuat kraf tangan - boleh dijadikan hobi - dapat menjana pendapatan secara kecil-kecilan
  • berpeluang untuk membeli hasil kraf tangan - sebagai cenderahati atau untuk kegunaan sendiri


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.



Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

2 ulasan:

  1. terima kasih tapi harap lps ni dapat bagi karangan atau artikel penuh selepas isi yg diberikan.

    BalasPadam
  2. thank you FunCrayons EduSpace!!!!

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.