Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Khamis, Januari 16, 2020

Kerangka Karangan - Cara Mengatasi Masalah Obesiti

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang betul mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Contoh Soalan:
Rakan anda bimbang akan masalah obesiti yang dihadapinya. Sebagai seorang rakan yang prihatin, anda ingin memberikan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Tulis surat itu selengkapnya.

Pendahuluan:
Format surat kiriman tidak rasmi - bertanyakan khabar - memahami apa yang dihadapinya - menyatakan kesediaan memberikan cadangan untuk mengatasi masalah obesiti

Isi-isi penting:

  • Melakukan senaman secara konsisten - sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari - proses perpeluhan dapat berjalan dengan lancar - berpeluh - keluarkan toksin dari dalam tubuh - badan lebih sihat dan cergas
  • Menjaga pemakanan - rujuk piramid makanan - dapat membantu memilih makanan yang berkhasiat untuk setiap hidangan - (Beri contoh yang sesuai - elakkan mengambil terlalu banyak makanan yang berlemak)
  • Mempunyai motivasi diri yang tinggi untuk mengurangkan berat badan - usah hiraukan pendapat atau pandangan sinis orang lain - cari rakan-rakan yang boleh memotivasikan diri - jangan mudah berputus asa - jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
  • Meminta nasihat daripada doktor atau pakar pemakanan - dapat memastikan diet lebih teratur - elakkan diet yang keterlaluan/memudaratkan kesihatan - pilih diet yang sesuai untuk diri

Penutup:
Harapan agar tidak berasa malu akan kekurangan diri sebaliknya berusaha mengatasi masalah ini - usaha tangga kejayaan.


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - Kompilasi Kerangka Karangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.