Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Khamis, Januari 16, 2020

Kerangka Karangan - Kesan Negatif Pembalakan Haram Terhadap Alam Sekitar

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang betul mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Pendahuluan:

  • Apa itu pembalakan haram - aktiviti penebangan balak secara tidak terancang - semakin berleluasa - mendatangkan pelbagai kesan negatif terhadap alam sekitar.
Isi-isi:

  • Memusnahkan flora dan fauna - habitat terancam dan musnah - banyak haiwan dan tumbuhan mati disebabkan pembalakan yang tidak terkawal - rantai makanan dan siratan makanan populasi terganggu
  • Memusnahkan kawasan tadahan hujan - hutan bertindak sebagai span yang menyerap air hujan - kemudian mengalirkan air hujan perlahan-lahan ke sungai - sumber air. Tiadanya kawasan tadahan air, akibatnya sumber air untuk kegunaan penduduk akan berkurang
  • Menyebabkan berlakunya bencana alam - pokok-pokok di hutan memainkan fungsi mencengkam bumi - pembalakan haram - hutan jadi gondol dan terbuka - hakisan dan tanah runtuh - mengancam keselamatan penduduk di kawasan berhampiran.
  • Meningkatkan suhu dunia - hutan mempunyai kesan penyejukan semula jadi, dapat mengurangkan kandungan karbon di atmosfera melalui proses fotosintesis - pembalakan tidak terancang - menyumbang kepada masalah pemanasan global

Penutup:
  • Pembalakan haram amat merugikan - membawa kesan buruk - langkah sewajarnya patut diambil untuk mengawal aktiviti ini - pokok balak mengambil masa bertahun-tahun untuk matang/membesar - perlu bertindak elakkan sumber hutam daripada terus terancam



*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.


Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

2 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.