Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Rabu, Januari 15, 2020

Kerangka Karangan - Memupuk Perpaduan Kaum dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Contoh Soalan:
"Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Berdasarkan peribahasa tersebut, nyatakan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan rakyat di Malaysia.

Pendahuluan:
Semangat perpaduan perlu disemai dalam jiwa rakyat - pihak kerajaan melaksanakan pelbagai program demi mengeratkan hubungan antara kaum

Isi-isi penting:

  • Aktiviti sukan - penglibatan masyarakat yang pelbagai kaum dalam kegiatan sukan, selain beriadah/bersukan bersama-sama, kaum-kaum yang berlainan dapat mengenali antara satu dengan yang lain
  • Aktiviti gotong-royong - satu cara untuk mengumpulkan masyarakat pelbagai kaum dalam menyelesaikan masalah secara bersama seperti menghapuskan pembiakan nyamuk Aedes, menebas lalang dan menceriakan kawasan perumahan - sama-sama memikul tanggungjawab demi kesejahteraan bersama
  • Aktiviti kunjung-mengunjung - terutama semasa diadakan rumah terbuka pada musim perayaan - masyarakat pelbagai bangsa dan agama turut meraikan dengan berkunjung ke rumah sahabat handai yang berlainan kaum - hubungan yang dibina jadi lebih erat
  • Aktiviti ramah - mesra menggunakan bahasa kebangsaan - membolehkan setiap rakyat Malaysia berkomunikasi - lebih memahami - lebih akrab


Penutup:
Menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara berterusan, perpaduan antara kaum semakin utuh - rakyat Malaysia bersatu padu -  tidak akan digugat/diancam oleh kuasa asing


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - Kompilasi Kerangka Karangan

4 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.