Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Khamis, Januari 16, 2020

Kerangka Karangan Surat Kiriman Rasmi - Masalah Gangguan Anjing Liar

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.


Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang betul mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Contoh Soalan:
Kawasan taman perumahan anda mengalami masalah gangguan anjing liar. Tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengadu masalah tersebut dan meminta bantuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi itu. Tulis surat itu selengkapnya.


Pendahuluan:
Format Surat Kiriman Rasmi
alamat pengirim dan penerima (Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran)
tarikh

Isi-isi penting:
  • perkara - mengadu masalah gangguan anjing liar
  • sejak bila masalah itu berlaku - anggaran atau jumlah anjing liar tersebut - kawasan sebenar anjing-anjing itu mengganggu dan berkumpul
  • masalah-masalah yang berlaku - mengotorkan kawasan, bunyi salakan anjing - bising, anjing kerap mengejar penduduk - membahayakan, mengancam keselamatan
  • meminta pihak majlis memantau keadaan seterusnya menangkap anjing-anjing tersebut

Penutup:
  • mohon agar aduan diberi pertimbangan
  • terima kasih atas kerjasama
  • pengakuan pengirim, tandatangan, nama anda sebagai wakil penduduk kawasan perumahan


*Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.




Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.