Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Rabu, Januari 15, 2020

Latihan Kesalahan Ejaan (Set 1 Latihan 1)

Set 1 Latihan 1


Dalam petikan di bawah ini terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Petikan 1

Graduan perlu bersedia agar lebih berdaya saing untuk mendepani dunia pekerjaan dan karenah sesetengah organisasi. Harga serelong kesabaran hasil daripada minat yang mendalam ketika mengharungi alam pengajian perlu dimantapkan lagi apabila memasuki alam pekerjaan. Minda yang positive perlu dipupuk sebelum menyusuri alam kerjaya agar mereka lebih bersedia menerima cabaran dunia kerjaya yang lebih mencabar.


Petikan 2

Amira ialah pelajar yang datang dari keluarga susah kerana ayahnya hanya seorang penorih getah. Ayahnya terpaksa bekerja siang dan malam demi mencari pedapatan lebih semata-mata untuk menyediakan keperluan pelajaran anak-anak. Tidak suka melakukan perkara yang sia-sia, Amira memanfaatkan masa lapangnya dengan membuat kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran.


Petikan 3

Atau sindiran dan keiklasan telah bergumpal menjadi satu, Cikgu Harun tidak tahu. Namun sesuatu yang pasti, setiap kali bungkusan itu sampai, Cikgu Harun pun terkesima, membiarkan diri hanyut dalam arus ingatan ke zaman awal menjadi pendidik di sebuah kampung pendalaman. Lebih tiga dekad yang lalu, ketika kedaifan masih menjadi sinonim dengan kehidupan marhain di luar bandar.


Petikan 4

Mendengar basikal tua datuk berkeriyut di halaman, embah cepat-cepat berlari ke dapur dan membuka pintu. Tidak lama, datuk sampai di hadapan tangga yang curam dan embah turun hingga ke pertengahhan tangga. Datuk menyurung basikal ke atas dan segera disambut oleh embah.


Petikan 5

Sikap sesetengah pengguna jalan raya di bandar raya memburukan keadaan. Ada pemandu yang tidak mematuhi peraturan seperti meletak kenderaan sesuka-hati dan juga memotong di sebelah kiri. Sikap negative ini perlu dikikis kerana boleh membawa padah dan menyusahkan pihak lain.


Ulang kaji dengan dapatkan latihan kesalahan ejaan (berserta jawapan) yang lain di sini






2 ulasan:

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.