Set 1 Latihan 5
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan
kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
1. Aris memperolehi keuntungan besar hasil daripada penjualan buah durian di dusun datuknya. _____________________________
2. Julia menghadiahkan Samera sepasang kasut sukan berjenama bersempena dengan hari lahirnya. _____________________________
3. Nian indah pemandangan matahari terbit di pulau itu pada waktu pagi. _____________________________
4. Pelbagai kuih-muih yang dijual di gerai itu enak belaka. _____________________________
5. Kerja-kerja memperdalamkan longkang itu dilakukan pada hujung minggu. _____________________________
6. "Kami semua perlu berlatih bersungguh-sungguh untuk perlawanan akan datang," ujar Shamir selaku ketua pasukan kepada ahli-ahli pasukannya. _____________________________
7. "Sudah lama hamba menunggu kedatangan awak," kata Tun Mamat. _____________________________
8. Perlawanan bola jaring antara Sekolah Menengah Bukit Parang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading ditangguhkan kerana hujan lebat. _____________________________
9. Monica membuka pintu pagar rumahnya seraya melangkah masuk. _____________________________
10. Dr. Suresh adalah seorang pakar perubatan yang terkenal dari Pakistan. _____________________________
11. Antara punca-punca pencemaran udara ialah pelepasan asap kilang dan pembakaran terbuka. _____________________________
12. Dia merupakan Perdana Menteri yang disegani dan dihormati. _____________________________
Ulang kaji dengan dapatkan latihan kesalahan bahasa (berserta jawapan) yang lain di sini.