Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Khamis, Januari 16, 2020

Mengapa Tahap Kesedaran Rakyat Malaysia Terhadap Pencemaran Alam Sekitar Masih Rendah?

Perhatian: 
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.

Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang betul mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.


Contoh Soalan:

Kesedaran rakyat Malaysia terhadap alam sekitar masih belum memuaskan. Nyatakan punca – punca fenomena ini berlaku.


Pendahuluan

  • pencemaran berlaku di sana sini (huraikan jenis pencemaran yang berlaku)– tahap kesedaran rakyat masih rendah – mementingkan diri sendiri dan bersifat kebendaan.

Isi – isi

  • media massa hanya melaporkan berita jika ada malapetaka (contoh: tanah runtuh, banjir kilat)– hanya mendapat liputan jika menjadi isu - media massa tidak memainkan peranan sebagai alat sebaran am dalam menyedarkan rakyat atau memberi pendedahan - mengapa hakisan, tanah runtuh dan banjir kilat berlaku/bagaimana hendak mengelakkan kejadian-kejadian ini
  • kempen – kempen yang dijalankan kurang berkesan – tidak menyeluruh - (Contoh: Sayangi Alam Sekitar, Hargai Sungai Kita yang dilaksanakan bersifat sementara - tidak berterusan) - sewajarnya kempen-kempen sebegini dijalankan di pelbagai peringkat: sekolah, kawasan kediaman, pejabat-pejabat  
  • penguatkuasaan undang – undang tidak konsisten – masalah rasuah – tidak cukup kakitangan dan kemudahan - acapkali lihat papan tanda larangan membuang sampah di mana-mana kawasan - disertai dengan jumlah denda atau hukuman yang akan dikenakan - malangnya di bawah papan tanda itulah  pihak/individu yang tidak bertanggungjawab membuang dan melonggokkan sampah - jelas menunjukkan kurangnya penguatkuasaan undang-undang
  • tiada pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah - perlu diwujudkan– lebih mendalam – memupuk rasa kasih dan menghargai - melentur buluh biarlah dari rebungnya - semaikan dalam jiwa anak-anak agar lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar


Penutup

  • semua pihak harus berganding bahu/menggembleng tenaga – disiplin dan kesedaran penting – pelihara alam sekitar untuk generasi akan datang

*Isi - isi ini boleh juga digunakan untuk karangan dialog atau wawancara.



**Jika anda ada isi tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.
Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - Kompilasi Kerangka Karangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.