Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Ahad, Januari 17, 2010

Kerangka Karangan - Barangan Tempatan Lebih Baik daripada Barangan Import

Perhatian:
Entri ini hanya sebagai bimbingan untuk membantu kalian menulis. Tajuk entri pun 'Kerangka Karangan', mana mungkin disertakan sebuah karangan yang siap. Dijelaskan di sini, tiada karangan penuh yang akan diberi.

Isi - isi di bawah perlu diolah dengan struktur ayat yang baik mengikut keutamaan. Jangan lupa untuk berikan contoh yang sesuai.



Pendahuluan
Huraikan apa itu barangan tempatan dan barangan import.
Kecenderungan masyarakat Malaysia membeli barangan buatan import berbanding barangan buatan Malaysia.

  • barangan tempatan - produk Malaysia - harga barangan jauh lebih murah jika hendak dibandingkan dengan barangan import - pembelian barangan buatan Malaysia tidak dikenakan cukai
  • kualiti barangan buatan Malaysia setanding dengan barangan import - pembelian yang berbaloi - untuk apa membeli barangan import sekiranya kita boleh mendapat barangan tempatan dengan harga yang jauh lebih murah
  • Produk tempatan lebih terjamin - pengguna tidak perlu ragu-ragu apabila membeli barangan buatan Malaysia terutamanya produk makanan - produk bersih dan suci - menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh kerajaan
  • mengawal ekonomi keluarga - boleh berjimat dan menyimpan - memantapkan ekonomi negara - aliran mata wang ke luar negara dapat dikawal
  • barangan tempatan lebih memenuhi permintaan pengguna berbanding produk import kerana barangan tersebut dihasilkan mengikut ciri-ciri tempatan yang bersesuaian dengan citarasa pengguna.
  • membentuk jiwa patriotik rakyat Malaysia

Penutup
Belilah barangan buatan tempatan - patut berbangga dengan produk keluaran Malaysia - perlu menyokong produk Malaysia sekaligus membantu sektor perkilangan negara ini.



Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.



7 ulasan:

  1. Karangan yg.baik tetapi yg.barangan import , point tu bileh tambah sedikit . TK ~ =]

    BalasPadam
  2. Rangka karangan yg sangat baik

    BalasPadam
  3. Karangan yg baik mungkin boleh menambahkan lagi sedikit peribahasa

    BalasPadam
  4. Terima kasih.. Rangka yg amat membantu saya..

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.