Selamat Singgah!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Maaf. Laman ini sedang diselenggara.
Ada sesetengah entri yang mungkin tidak akan dapat diakses buat sementara waktu.


Khamis, Januari 21, 2010

Kerangka Karangan - Langkah - langkah Meningkatkan Mutu Sukan di Malaysia


Pendahuluan:
- prestasi/mutu sukan negara masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan
- langkah-langkah yang efektif perlu dilaksanakan dengan kadar segera

Isi-isi:
  • Meningkatkan kemudahan sukan - memastikan prasarana sukan mencukupi & diselenggara dengan baik - ahli sukan boleh berlatih dengan lebih gigih tanpa sebarang kekangan
  • Mengadakan sessi latihan yang berkesan - pastikan atlet kerap berlatih lebih-lebih lagi sebelum sebarang pertandingan - penting terutama sekali untuk atlet yang berpasukan - agar dapat wujudkan keserasian dan persefahaman
  • Menghantar ahli sukan negara menghadiri kursus/latihan intensif di luar negara - beri pendedahan demi pendedahan kepada mereka - bagaimana hendak meningkatkan mutu permainan - tidaklah nanti dilabel sebagai 'jaguh kampung' sahaja
  • Membawa masuk jurulatih luar negara/ menghantar jurulatih negara berkursus ke luar negara - teknik dan kepakaran dari luar bolah dipraktikkan dalam membentuk atlet yang berkualiti dan mampu menjulang nama negara
  • Memberi insentif kepada atlet yang cemerlang - sebagai tanda penghargaan & satu bentuk motivasi untuk semua agar lebih giat berusaha
  • Memastikan setiap atlet berdisiplin, mempunyai semangat kesukanan yang tinggi - mewakili/membawa nama negara dengan semangat kental - bukan sekadar kerana dibayar elaun dan gaji
  • Menambah bilangan sekolah sukan - melatih atlet muda yang berbakat agar dapat menjadi pelapis negara - 'melentur bulur biarlah dari rebungnya'
  • Menyemai minat terhadap apa jua jenis sukan dalam jiwa anak-anak apa jua sejak kecil lagi - beri pendedahan pada anak-anak tentang kebaikan bersukan
  • Masyarakat perlu beri sokongan dan galakan kepada atlet negara - penyuntik semangat - jangan hanya tahu memperkecil kebolehan mereka

Penutup:

- isu ini tidak boleh dipandang sebelah mata.
- perlu mencontohi kepakaran negara luar agar nama Malaysia berdiri sama gah dengan negara - negara lain di atas pentas sukan dunia.


Lihat juga:  Punca - punca Kemerosotan Mutu Sukan Negara



Dapatkan kerangka karangan yang lain di sini - KOMPILASI KERANGKA KARANGAN MENGIKUT TEMA.

16 ulasan:

  1. boley x..??perbnyakkan isu agy..???

    BalasPadam
  2. apa penjagaan makanan yang betol ???

    BalasPadam
  3. sama-sama. harap isi-isi ini dapat bantu fiqah :)

    BalasPadam
  4. sertakan soalan dan jawapan.....tq

    BalasPadam
  5. Isi-isi di sini bertujuan untuk memberikan bimbingan buat kalian. Jika disertakan jawapan bagaimana hendak mengukur kemampuan kalian menulis?

    BalasPadam
  6. TERIMA KASIH!! :D harap masok spm

    BalasPadam
  7. ..utk stpm pn Ok jgk ni...isi yg bgUs,,.!!

    BalasPadam
  8. thanx sgt membantu

    BalasPadam
  9. kalau disertakan jawapan mungkin dapat membantu ramai pihak untuk menjawap soalan ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagaimana saya dianggap membantu anda menjawab soalan ini sekiranya saya memberikan jawapan?

      Padam
  10. Bolehka jika anda gabungkan lima isi untuk faedah bersukan dan lima isi untuk usaha2 meningkatkan mutu sukan dalam bentuk karangan?

    BalasPadam
  11. good................

    BalasPadam
  12. tk hebat mane isi ni...isi aq lgy hebat. cuma nk kabo jgn mrh

    BalasPadam
  13. banyak maklumat kat sini

    BalasPadam

Elakkan meninggalkan komen sebagai Anonymous/Tanpa Nama. Pilih 'Nama/URL', isikan nama (Tidak perlu isikan URL) dan tekan 'Teruskan'.